Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
A recently detained Bangladeshi militant group had been raising funds to support Islamic State (IS) cells in Syria and Bangladesh, said Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Speaking at a press conference in Bukit Aman on Friday (July 4), the IGP stated that the group, known as "Gerakan Militan Radical Bangladesh" (GMRB), recruited members and spread extremist ideology via social media and apps like WhatsApp and Telegram.

The IGP noted that the action taken by the Special Branch Counter Terrorism Division (E8) was necessary to prevent Malaysia from becoming a logistic and transit hub for foreign militants.

Read more at https://tinyurl.com/bdfd6hfe

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Good morning.
00:30Seperti mana yang tuan-tuan dan perempuan sedia maklum, perkara ini telahpun dimaklumkan oleh yang berhormat Menteri Dalam Negeri pada satu statement yang dikeluarkan pada 27 Jun 25 yang lepas.
00:53Polis Diraja Malaysia ataupun PDRM melalui bahagian Counterterrorism Jawangan Khas telah melaksanakan satu operasi keselamatan strategik bagi menangani ancaman keganasan yang berpunca daripada pengaruh militan asing.
01:11Usaha ini merupakan langkah berterusan PDRM bagi memastikan Malaysia tidak menjadi platform atau tapak subversif oleh mana-mana elemen radikal, terutamanya melibatkan warga negara asing yang cuba menyusup ke dalam komuniti migran dan masyarakat umum untuk meluaskan fahaman ekstremis.
01:35Hasil siasatan rapi telah menunjukkan wujudnya kegiatan dan elemen penyebaran ideologi kumpulan pengganas Islamic State ataupun lebih dikenali sebagai IS di Malaysia oleh Kumpulan Gerakan Militan Radikal Bangladesh ataupun GMRB.
01:57Untuk makluman pihak media, tuan-tuan dan puan-puan, Malaysia bukanlah menjadi negara sasaran utama maupun negara transit untuk kumpulan ini
02:11Untuk melaksanakan aktiviti keganasan atau pengumpulan dana.
02:20Sebaliknya, negara ini pada awalnya hanya dijadikan destinasi untuk mendapatkan peluang pekerjaan khususnya dalam sektor buruh seperti kilang, tapak pembinaan dan perkhidmatan.
02:35Namun begitu, sepanjang tempoh mereka berada dan bekerja di Malaysia, sebahagian daripada mereka telah terpengaruh dengan fahaman radikal dan ideologi ekstremis yang dibawa masuk dari negara asal serta yang berada di peringkat antarabangsa.
02:54Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang ada, bermula daripada pengesanan beberapa akaun Facebook yang aktif telah menyebarkan propaganda IS
03:08Cawang khas telah mendapati akaun-akaun tersebut menggunakan alamat IP di Malaysia dan dikendalikan oleh warga negara Bangladesh.
03:20Berdasarkan maklumat tersebut, satu operasi keselamatan bersepadu telah dilancarkan secara berperingkat.
03:27Fasa pertama pada 28 April yang lalu, di mana kita telah menahan dan menangkap 6 individu di sekitar Selangor, jadi hasil soal siasat menedahkan kewujudan struktur GMRB yang berpengkalan di Johor.
03:47Fasa kedua pada 7 Mei 2025, operasi diteruskan di Johor dan berjaya menahan 14 individu termasuk ketua kumpulannya.
04:00Manakala fasa ketiga telah diadakan pada 19 hingga 21 Jun yang lalu, di mana seramai 16 individu lagi ditahan menutup rangkaian utama GMRB yang beroperasi di Malaysia.
04:17Keseluruhannya, merangkumi 36 orang warga negara Bangladesh telah ditahan sepanjang ketiga-tiga fasa operasi tersebut.
04:31PDRM telah melaksanakan tangkapan secara berperingkat terhadap kesemua 36 individu ini dan pecahannya adalah seperti berikut di mana tindakan undang-undang sedang dan akan dilaksanakan.
04:46Lima individu telah dituduh di bawah bab 6 E Kanun Kesiasaan atas kesalahan melibatkan diri penyertaan dalam organisasi pengganas,
05:00menyebarkan fahaman ekstrim dan perlibatan dalam pengumpulan dana untuk aktiviti keganasan.
05:07Yang kedua, 15 individu lagi telah diserahkan kepada Jabatan Immigration untuk tindakan pengusiran ke luar negara.
05:2016 individu masih dalam tahanan pihak PDRM di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas SOSMA 2012 untuk siasatan dan proses pendakwaan selanjutnya.
05:36Kesemua tindakan ini adalah berdasarkan lunas undang-undang serta diselaraskan bersama agensi sahabat seperti Jabatan Immigration Malaysia dan juga Jabatan Peguam Negara.
05:50Sekadar sedikit penerangan mengenai modus operandi yang dilaksanakan oleh kumpulan ini adalah berdasarkan daripada risikan modus operandi kumpulan ini
06:03melibatkan beberapa pendekatan terancang.
06:08Pengrekuteran ahli melalui sektor pekerjaan buruh, termasuklah kilang, tapak pembinaan dan stesen minyak,
06:17menyasarkan komuniti Bangladesh yang bekerja di Malaysia.
06:20Kedua, mereka menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk menyebarkan fahaman radikal dan ekstrim,
06:31sekaligus menarik lebih ramai penyokong.
06:34Ketiga, aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram digunakan secara meluas untuk menyebarkan propaganda,
06:43melaksanakan proses bai'ah serta menyusun aktiviti secara rahsia termasuk seksi tahalim dan juga perjumpaan ahli.
06:54Ahli-ahli yang telah melafazkan bai'ah dalam talian akan bertanggungjawab sebagai ketua
07:00dan kepada sel baru yang diwujudkan di kawasan tentu bagi memperluaskan pengaruh dan gerakan tersebut.
07:07Manakala, pengumpulan dana untuk menyokong operasi militant ini termasuklah menggunakan aplikasi touch and go,
07:16be cash serta perkhidmatan pengantaran wang antarabangsa.
07:22Selain itu, proses bai'ah dan perekrutan dilakukan secara berfasa,
07:27bermula daripada proses penyaringan keahlian sehinggalah kepada pengwujudan ahli-ahli yang berbentuk elit.
07:37Implikasi keselamatan kepada negara kita adalah seperti berikut.
07:44Malaysia berisiko menjadi hub logistik dan transit militant asing,
07:50seterusnya mencemar imej negara sebagai safe haven kepada elemen radical.
07:54Ini yang kita khawatir.
07:57Kedua, penyusupan ideologi ekstrim dalam komuniti migran yang suka dikesan
08:02boleh mendorong kepada aktiviti sub-sif secara senyap.
08:06Jadi, kesan reputasi antarabangsa jika tidak ditangani,
08:11isu ini akan menjejaskan imej Malaysia dan hubungan diplomatik serantau.
08:18Oleh yang demikian, PDRM ingin menegaskan bahawa keselamatan negara adalah keutamaan tertinggi
08:25yang tidak boleh dikompromi.
08:27Setiap usaha yang digerakkan adalah untuk melindungi rakyat dan negara
08:33dari sebarang usur keganasan.
08:36Harapan saya adalah untuk menyeluruh seluruh rakyat Malaysia
08:40agar lebih prihatin terhadap persekitaran masing-masing,
08:44segera melakukan sebarang aktiviti yang mencurigakan pihak berkuasa.
08:49Tidakkan ini kita buat baru sahaja pada bulan April yang lalu,
08:59tapi jika kita lihat balik kepada kumpulan-kumpulan WhatsApp, TelekDem dan sebagainya,
09:06mungkin dalam tempoh lebih kurang dalam setahun begitu.
09:11Kita setakat ini tidak meredahkan sebarang latar belakang atau nama mereka yang terlibat.
09:22Tetapi mereka yang terlibat keseluruhannya dalam lingkungan ke-25 ke-35 tahun.
09:29Seperti yang tuan-tuan sedia maklum, mereka cuba merekrut ahli-ahli
09:42untuk berjuang di Syria ataupun Islamic State.
09:48Kedua, mengumpul dana seperti yang saya nyatakan tadi
09:51untuk disalurkan ke negara Syria atau Islamic State dan juga ke Bangladesh.
09:59Kita masih lagi dalam siasatan, kita tidak boleh menedahkan jumlah-jumlah tersebut
10:10kerana peringkat ini berada di mahkamah.
10:13Jadi nama-nama individu yang terlibat, latar belakang keluarga dan sebagainya
10:18serta jumlah-jumlah wang yang terlibat, kita masih lagi di peringkat siasatan
10:23dan memerlukan masa untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih lanjut.
10:29Kalau bagaimanapun, ingin saya tegaskan, memang terdapat sejumlah wang yang telah dihantar ke negara asal
10:36untuk tujuan yang saya nyatakan tadi.
10:39Dato' Syuk, dengan penahanan yang ramai-ramai ini, apakah sindik ini dah simpas di Malaysia
10:44atau masih ada lagi hati-hati?
10:46Jadi, Alhamdulillah, keupayaan perisikan negara serta tindakan undang-undang yang kita laksanakan
10:53berjaya membentras isu ini dan saya percaya kita akan dapat maklumat-maklumat yang lebih lanjut
11:01untuk meneruskan tindakan undang-undang di masa hadapan.
11:05Setakat ini, masih lagi dalam siasatan, kita ada 15 tahanan yang berada di dalam tahanan kita
11:13dan maklumat-maklumat lanjut akan kita perolehi untuk kita kembangkan.
11:18Dan ianya, ingin saya tegaskan, hanya di kalangan warga Bangladesh yang bertugas
11:24dan juga mencari rezeki di negara ini.
11:27Mungkin di Terracel, ada kooperasi dengan Terracel di negara-negara ataupun di negara-negara?
11:36Setakat ini, kita masih lagi dalam siasatan.
11:40Kita mengadakan hubungan dengan negara-negara jiran dan juga negara-negara yang berkaitan,
11:45terutama sekali Bangladesh.
11:47Dan kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat lanjut daripada Interpol.
11:52Dan perkara ini, insyaAllah akan kita kembangkan bagi memastikan
11:56rangkaian mereka dapat dikenalpasti dengan bantuan rakan-rakan
12:00ataupun friendly services yang bersama dengan kita.
12:07Kita kesan di peringkat awal ini, ada dalam lengkungan dalam 100 ke 150 orang individu yang terlibat.
12:16Jadi, tindakan kita, mana-mana yang berada di peringkat yang minimum
12:21perlibatan mereka, kita akan mengambil tindakan lanjut
12:26dan menghantar mereka pulang ke negara asal.
12:29Manakala, yang mereka yang betul-betul terlibat secara mendalam,
12:33kita akan mengambil tindakan untuk charge di bawah undang-undang negara kita.
12:38Mengikut lulas undang-undang, terutama sekali menggunakan undang-undang sosma.
12:42Setakat ini, Alhamdulillah, tidak ada perlibatan langsung di kalangan rakyat kita.
12:54Ini adalah solely di dalam kumpulan yang ditubuhkan melalui WhatsApp group,
12:59telegram di kalangan warga Bangladesh yang bekerja di sini.
13:04Tadi perkhidmatan yang saya sebutkan tadi, perkhidmatan servis, perkhidmatan kemudian dalam pembinaan
13:15dan juga beberapa lagi bidang-bidang lain.
13:17Tidak meletakkan apa-apa.
13:27Sumbangan daripada ahli yang saya sebutkan tadi dalam lingkungan 100 ke 150 itu,
13:32mungkin sebagai ahli itu, untuk menjadi ahli dalam kumpulan ini,
13:39bayaran lebih kurang RM500 setahun.
13:42Manakala, sumbangan-sumbangan daripada ahli-ahli adalah bergantung kepada kemampuan mereka.
13:57Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended