Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Ancaman jenayah siber yang kian meningkat, merangkumi penipuan kewangan sehingga serangan perisian tebusan (ransomware), menunjukkan keperluan mendesak untuk kerjasama yang lebih kukuh dan seragam dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Transcript
00:00Ancaman jenayah cyber yang kian meningkat berangkumi penipuan kewangan sehingga serangan perisian tembusan ransomware menunjukkan keperluan mendesak untuk kerjasama yang lebih kukuh dan seragam dalam kalangan negara anggota ASEAN.
00:14Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jenayah ini menjadi cabaran serius dan mendesak dalam era digital masa kini.
00:22Hal itu kata beliau alas menunjukkan bahawa isu berkenaan bukanlah masa depan semata-mata, sebaliknya menjadi isu mendesak yang sedang berlaku, justru pertahanan digital perlu berkembang sepatas teknologi.
00:38Katanya menerima pakai teknologi baharu termasuk penggunaan kecedasan buatan AI yang bertanggungjawab untuk meningkatkan keupayaan mengesan, mencegah dan menguatkuasakan undang-undang terhadap jenayah itu.
00:49Bagaimanapun Saifuddin Nasution berkata, teknologi sahaja tidak mencukupi kerana kekuatan sebenar tindak balas kolektif terletak kepada kepercayaan, perkongsian maklumat dan membina keupayaan masing-masing meskipun menerima pakai teknologi baharu.
01:03Beliau menyuruh kepada negara anggota ASEAN untuk memperkukuh kerjasama melalui platform seperti SOMTC bagi memastikan usaha serantau seiring dengan perkembangan ancaman cyber yang pesat.
01:15Malaysia katanya tetap komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan ASEAN dalam menjaga lanskap digital rantau ini.
01:22Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat pegawai kanan ASEAN mencegah jenayah rentas sempadan SOMTC ke-25 dan mesyuarat berkaitan pada selasa.
01:32Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended