00:00Perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB, Shuttle Tebrau yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bakal ditamatkan pada 2027 selepas 12 tahun beroperasi.
00:13Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohd Fazli Mohd Saleh berkata penamatan itu susulan pengoperasian Rapid Transit System Link RTS Link yang akan bermula pada 2027.
00:28Menurutnya, KTMB Shuttle Tebrau satu daripada mod pengangkutan yang membawa penumpang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura yang mula beroperasi pada 1 Julai 2015.
00:41Tempoh perjalanan perkhidmatan berkenaan mengambil masa sekitar 5 minit dengan harga tiket sehala RM5 dari Johor Bahru, Singapura dan $5 Singapura, RM17.80 dari Singapura, Johor Bahru.
00:54Dengan trek sepanjang 1.1 km, perkhidmatan ini mampu membawa 8,635 penumpang sehari dengan kekerapan 31 trip bagi kedua-dua hala.
01:08Namun perkhidmatan ini akan ditamatkan dalam tempoh 6 bulan selepas RTS Link mula beroperasi pada 1 Januari 2027.
01:16Bagaimanapun, si keretapi KTMB Shuttle Tebrau akan terus digunakan untuk menambah kekerapan perjalanan dari JB Central ke Stesen Kempas.
01:27Dijadwalkan RTS Link siap menjelang Desember 2026 dan beroperasi awal 2027 yang menghubungkan Bukit Cagar ke Woodlands North dengan masa perjalanan selama 5 minit.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments