Skip to playerSkip to main content
"Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dijangka dikuat kuasa dalam masa terdekat selepas beberapa proses penting yang berkaitan dimuktamadkan," kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, ketika ini beliau menunggu draf akta berkenaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734394/berita/nasional/akta-keselamatan-dalam-talian-dijangka-dikuat-kuasa-dalam-masa-terdekat---fahmi

#SinarHarian #Beritasemasa #MCMC #aktakeselamatandalamtalian #KarnivalSiangMalam

Category

šŸ—ž
News
Transcript
00:00Jadi langkah seterusnya, saya sedang menunggu draft daripada MCMC mengenai beberapa peraturan yang akan digunapakai setelah draft tersebut disiapkan dan saya menandatangani pewartaan dan ia akan berkuat kuasa.
00:21Dan setelah penguatkuasaan akta, satu jawatan kuasa akan dibentuk oleh Menteri Undang-Undang dan jawatan kuasa itu kelak akan mempunyai kuasa kawal selir terhadap pelaksanaan akta tersebut.
00:39Sebagai contoh mengenai takrifan, apa yang dimaksudkan dengan online harms, kemudaratan dalam talian.
00:47Jadi itu prosesnya. Kita jangka mungkin dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang.
Comments

Recommended