00:00Kementerian Komunikasi melancarkan sistem komunikasi radio dan internet bersepadu bergerak
00:06yang merupakan inisiatif strategik dalam berdepan bencana dan kecemasan di tempat awam.
00:12Menteri Fahmi Fazil berkata, Prime juga adalah usaha suruhan jaya komunikasi dan multimedia
00:17untuk membantu pihak termasuk agensi pengurusan bencana negara
00:21memastikan kawasan operasi bencana dapat diuruskan dengan capaian komunikasi yang baik.
00:27Pelaksanaan Prime akan memperkukuh kerjasama SKMM dengan pelbagai agensi strategik
00:33dalam pengurusan bencana dan kecemasan, sekaligus meningkatkan kecekapan tindak balas dan ketahanan komunikasi negara.
00:40Katanya, Prime juga menyokong program jangkauan komuniti seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional
00:45sebagai hub digital bergerak yang membolehkan perkhidmatan internet dipamerkan
00:50dan aktiviti komuniti dilaksanakan terus di lokasi sasaran.
00:53Fahmi juga memaklumkan unit Prime sedia ada boleh diuji pada Oktober ini
00:58terutama di negeri berdepan monsoon timur laut.