00:00Kotak hitam kedua daripada pesawat Air India Boeing 7878 yang terhempas baru-baru ini ditemukan di lokasi nahas.
00:09Maklumat yang disimpan dalam peranti itu dijangka dapat membantu siasatan bagi menentukan punca insiden yang mengorbankan 274 nyawa.
00:20Kotak hitam pertama telah ditemukan di tapak nahas pada Jumaat.
00:23Pada Khamis, sebuah pesawat penumpang Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad.
00:35Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan terdapat 242 individu di dalam pesawat berkenaan termasuk 2 juruterbang dan 10 anak kapal.
00:45Pesawat itu terhempas di atas bumbung asrama pelajar perubatan.
00:49Angka korban akibat nahas itu dilaporkan meningkat kepada lebih 270 orang setakat Sabtu termasuk pelajar perubatan yang berada di dalam atau berhampiran asrama ketika kejadian.
01:01Terima kasih telah menonton!
Comments