00:00Kerajaan digesa mewajibkan segera pemasangan sistem kamera papan pemuka atau dashcam
00:06pada kenderaan berat komersil susulan kehilangan 24 nyawa dalam dua kejadian tragis.
00:13Lodek Hua, Ahli Akademik dari Universiti Putera Malaysia,
00:17berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat perlu mewajibkan segera pemasangan dashcam
00:22yang mengikut perancangan hanya dikuatkuasa pada suku pertama tahun depan
00:26bagi membantu pemantauan kelakuan berisiko pemandu serta alat bukti menyiasat kemalangan.
00:33Loh berkata kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan pelaksanaan fasa awal wajib dashcam
00:38untuk paskualah, pas ekspres dan lori berat sebelum diperluas kepada semua kategori pengangkutan awam.
00:45Menurutnya tidak timbul soal perbelanjaan tinggi ditanggung pengusaha
00:49memandangkan kos unit sekitar RM200 hingga RM500 bagi peranti berkenaan.
00:55Beliau berkata dengan sistem canggih yang ada pada setiap kenderaan berat
00:59atau pengangkutan awam, maklumat setiap pemandu atau kenderaan
01:03boleh diintegrasikan dengan sistem penguatkuasaan.
Comments