Adun Kunak Norazlinah Arif akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak memfitnahnya dengan dakwaan beliau dan suaminya menerima sumbangan daripada kartel dadah di Sabah.
00:00Adun Kunak Nur Azlina Arif akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak memfitnahnya dengan dakwaan beliau dan suaminya, menerima sumbangan daripada katel dadah di Sabah.
00:12Nur Azlina yang telah melantik peguam bagi proses itu berkata, beliau memilih berdiam diri selama ini terhadap tomahan dilemparkan kerana enggan membuang masa dengan urusan turun naik mahkamah.
00:23Katanya beliau juga mahu fokus kepada keutamaan melaksana tugas serta amanah kepada masyarakat Kunak yang diwakili sejak 2018.
00:34Sabtu lalu, Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah Kunak itu menafikan tuduhan dalam satu video tular di TikTok dan mendakwa beliau dan suaminya menerima sumbangan daripada katel dadah di Sabah.
00:45Nur Azlina yang sebelum ini bersama warisan berkata tuduhan itu tidak benar dan fitnah berniat jahat yang cuba mencemar nama baiknya.
Be the first to comment