00:00Naratif penyatuan orang Melayu di bawah pembangkang lebih bersifat retorik
00:05berbanding realiti kerana pertelagahan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Dr. Mahathir Mohamad
00:11berhubung dawaan penyelewengan dana parti bercanggah dengan agenda itu.
00:18Penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata
00:22pertelagahan terbuka itu menunjukkan tokoh politik Melayu utama tidak mampu bekerjasama
00:28walaupun Mahathir berusaha mempromosikan payung besar orang Melayu.
00:34Mazlan turut mengkritik versi penyatuan orang Melayu dibawakan Mahathir
00:38kerana mengecualikan orang Melayu yang menyokong UMNO, PKR dan Amanah.
00:44Azmi Hassan dari Akrimi Nusantara pula mempersoalkan
00:47pertelagahan itu berlaku ketika Perikatan Nasional memasuki fasa kritikal menjelam BRU-16.
00:55Beliau memberi amaran pertelagahan itu boleh mengelirukan pengundi Melayu
01:01kerana Mahathir menggunakan PN pimpinan Muhyiddin sebagai wadah
01:06untuk menyampaikan mesej penyatuan orang Melayu.
01:10Mazlan berkata PAS boleh memainkan peranan orang tengah disebabkan pengaruh kuatnya
01:15dalam kalangan pengundi Melayu.
01:17Namun Azmi berpendapat PAS mungkin sukar kekal neutral
01:22memandangkan isu itu turut membabitkan PN.
Comments