00:00Bagi untuk lebih jelas, saya akan paparkan kepada anda, ini adalah semakan kadar cukai jualan yang mana barangan berkadar pada kosong hingga 10%.
00:11Secara perinciannya adalah seperti berikut.
00:14Kalau kita dapat saksikan, ini adalah barangan berkadar kosong peratus yang mana CJ ataupun kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan asas dikekalkan pada kosong peratus.
00:26Kalau kita memikirkan barangan-barangan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, beras dan sebagainya, ini adalah kadar cukai jualan CJ yang berkadar kosong peratus.
00:39Jadi kita tak perlu risau, terutamanya berkaitan dengan barangan-barangan keperluan ini dan juga barangan-barangan yang telahpun diproses, contohnya seperti tepung, sadin, gula, roti putih, susu, minyak masak dan sebagainya, ini adalah barangan berkadar kosong peratus.
00:55Jadi kita tak perlu risau sebab ia tidak dikenakan cukai ataupun kadar cukai jualannya adalah kosong peratus.
01:03Tetapi barang yang dikenakan CJ pada kadar lima peratus adalah seperti ablon, lobster, keju, jam buah-buahan dan juga telefon pintar.
01:13Dan juga ini adalah contoh barangan yang dinaikkan ke kadar lima peratus.
01:16Ini yang telahpun ada sebelum ini tetapi untuk yang lain adalah seperti king crab, salmon dan juga ikan kot, cendawan truffle dan sebagainya.
01:28Termasuk barangan berkadar 10 peratus seperti yang kita tahu sebelum ini, ini seperti yang ada caviar, sirip ikan you, minuman berakohol, rokok dan juga barangan kulit.
01:40Tetapi untuk contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 10 peratus berkuatkuasa 1 Julai 2025 adalah sisa scrub tungsten, basikal lumba dan juga lukisan tangan antik.
01:53Jadi untuk mendapatkan lebih lanjut, anda boleh saja ke sawani.com untuk dapatkan maklumat-maklumat terperinci untuk kita lebih jelas berkaitan dengan kadar cukai jualan ataupun CJ ini.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments