Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Syarikat Pembangunan Kidana, pemaju utama di kawasan Tanah Suci melancarkan projek khemah dua tingkat di Mina, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Transcript
00:00Banyak cabarannya untuk membawakan laporan itu sebenarnya khususnya di kawasan yang kapasiti dan juga kepadatan hampir 2 juta umat pada satu-satu masa dan juga kecangkaian teknologi dan sebagainya yang juga sukar untuk menghantarkan visual tapi itu yang dilapat dilakukan oleh Wan San Suu Amli dan ini pula kisah mengenai kemah dua tingkat yang dilancarkan di Mina oleh Syarikat Pembangunan Kidana selaku pembaju utama di Tanah Suci.
00:24Inisiatif itu dilaksanakan sebagai tempat penginapan Jumaat Haji dengan menawarkan kemudahan modern yang menjamin keselesaian serta suasana persekitaran kondusif.
00:35Kidana berkata projek kemah dua tingkat itu dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta yang menyumbang 75% daripada keseluruhan projek.
00:44Projek itu meliputi kawasan penginapan melebihi 20,000 meter persegi, berangkumi lebih 40 bangunan dan dilengkapi dengan 550 bilik air.
00:52Pembinaannya mengambil masa kira-kira 100 hari untuk disiapkan dan dapat memuatkan 8,000 jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi.
01:01Usaha itu bertujuan memberi pengalaman kepada para jemaah meningkatkan kapasiti serta mutu perkhidmatan penginapan.
01:07Ia juga memastikan persekitaran kediaman yang selesa dan selamat menerusi rekaan kejuruteraan modern yang menggabungkan kualiti dan kelestarian tanpa mengabaikan keunikan kawasan terbabit.
01:19Dan saya kira kita bawakan sedikit sebanyak visual langsung dari Mina khususnya inilah visual dari Saudi TV keadaan semasa di Mina.
01:31Mina yang disebut sebagai bandar kemah ketika ini menempatkan jutaan jemaah dan cuaca pada ketika ini.
01:37Sudah pasti cukup panas dan cukup terik sekali ketika ini sekitar jam 2.27 tengah hari petang di Mina dan inilah keadaan semasa dan juga visual semasa pada ketika ini.
01:49Dan kami akan bawakan perkembangan dari masa ke masa dan ini bila cerita mengenai Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang berpuas hati dengan pergerakan jemaah haji ke Arafah pada semalam pada 9 Zerijah yang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan kejadual yang ditetapkan.
02:05Pergerakan jemaah haji ke Arafah ini diuruskan dengan menggunakan pakai model operasi bersepadu yang menghubungkan agensi perkhidmatan dan penguatkuasaan melalui pusat operasi dan penghantaran bersama.
02:16Antara inovasi utama musim haji untuk tahun ini.
02:21Jemaah dibawa menggunakan bas modern dan trin masyair dengan jadual ketat dan kawalan keselamatan tinggi bagi membolehkan mereka tiba di kawasan Kemah Arafah dengan teratur tanpa kesesakan yang ketara.
02:33Usaha ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh yang dirangka Kementerian untuk menguruskan aliran jemaah untuk musim haji 1446 hijrah.
02:41Langkah tersebut termasuk simulasi canggih untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, penilaian kesiapsiagaan pasukan lapangan serta koordinasi rapat antara agensi-agensi terlibat.
02:52Kecerdasan buatan atau AI turut digunakan untuk menganalisis data secara langsung dan meramalkan kawasan berisiko tinggi kepadatan jemaah, membolehkan penyesuaian pergerakan jemaah dilakukan secara dinamik.
03:03Pusat kawalan dan pemantauan beroperasi 24 jam yang disokong oleh rangkaian kamera pintar membolehkan keputusan segera dibuat bersama pihak keselamatan dan juga perkhidmatan.
03:14Kad digital Nusuk juga memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan jemaah.
03:18Disepadukan dengan platform Nusuk dan Tawakalna, kod QR pada kad itu membolehkan pemantauan keluar masuk jemaah di kawasan tanah suci dengan lebih efisien, sekaligus meningkatkan ketepatan masa dan pengurusan orang ramai.
03:30Kementerian itu menyatakan bahawa kejayaan pergerakan ke Arafah ini merupakan pencapaian penting dalam operasi haji tahun ini dan menjadi asas kepada fasa seterusnya, termasuk pergerakan ke Musdalifah dan ibadah melontar jamrah di Mina dalam kerangka model operasi Mampan.
Comments

Recommended