00:00Syarikat Media World Disney kini sedang melaksanakan perberhentian kerja yang melibatkan beberapa ratus pekerja dalam sektor film, televisyen dan kewangan korporat.
00:10Menurut sumber, langkah ini dimaklumkan pada Isnin.
00:15Pemberhentian ini merangkumi pelbagai jabatan di seluruh dunia termasuk pasukan pemasaran film dan TV, public city television, pemilihan pelakon serta bahagian pembangunan kandungan.
00:25Langkah ini diambil ketika Disney dan beberapa syarikat media lain sedang menyusun semula strategi perniagaan bagi menyesuaikan diri dengan peralihan penonton daripada TV kabel ke platform penstriman.
00:36Pada tahun 2023, Disney telah mengambil langkah besar untuk mengurangkan kos operasi dengan memperhentikan seramai 7,000 pekerja sebagai sebahagian daripada usaha menjimatkan perbelanjaan sebanyak 5.5 dolar Amerika.
00:48Selain itu, pada Mac lalu, syarikat itu turut memperhentikan hampir 6% daripada tenaga kerja di ABC News Group dan Disney Entertainment Networks yang melibatkan kurang daripada 200 pekerja.
01:01Laporan kewangan terkini Disney yang dikeluarkan pada bulan Mei menunjukkan prestasi lebih baik daripada jangkaan Wall Street, terutamanya didorong oleh peningkatan mendadak dalam langganan Disney Plus dan prestasi kukuh taman temanya.
01:13Saham Disney yang mencatatkan ganaikan sebanyak 21% sejak laporan kewangan itu diumumkan mencatatkan penurunan kecil sebanyak 0.3% kepada 112.62 dolar pada petang Isnin.