Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Iran dijangka menolak cadangan nuklear baharu dari AS yang disampaikan menerusi Oman, kerana dianggap tidak memenuhi kepentingan Tehran dalam isu pengayaan uranium.
Transcript
00:00Menteri Luar Iran, Abbas Arachi, semasa lawatannya ke Mesir pada Isnin menyatakan bahawa Tehran akan memberikan maklum balas terhadap cadangan nuklear baru dari Amerika Syarikat.
00:11Sumber diplomatik Iran memaklumkan bahawa maklum balas tersebut kemungkinan besar bersifat penolakan kerana cadangan itu tidak memenuhi kepentingan Tehran dan gagal melonggarkan pendirian Washington terhadap isu pengayaan uranium.
00:24Cadangan tersebut telah disampaikan kepada Iran pada Sabtu oleh Menteri Luar Oman, Said Badal Abu Saidi, yang sedang melakukan lawatan singkat ke Tehran dan bertindak sebagai perantara rundingan antara Tehran dan Washington.
00:54Menteri Luar Iran dan Amerika Syarikat
Comments

Recommended