Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais, telah mengarahkan semua imam dan khatib di kedua-dua masjid suci untuk memendekkan tempoh khutbah dan solat Jumaat sepanjang musim Haji 2025.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Abawi, Syekh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais,
00:06mengarahkan semua imam dan katib di kedua-dua masjid suci untuk memendekkan tempuh hutbah dan solat Jumaat sepanjang musim haji 2025.
00:15Arahan itu dikeluarkan sebagai tanda prihatin terhadap keadaan semasa yang dihadapi oleh jutaan jemaah,
00:21khususnya ketika cuaca panas melampau melanda kota Mekah dan Madinah.
00:24Langkah ini diambil bagi meringankan beban fizikal dan menjaga keselamatan para jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Abawi.
00:34Syekh Abdul Rahman berkata dengan keadaan Masjidil Haram dan Masjid Abawi yang sesak akibat ketibaan jemaah dari seluruh dunia,
00:41ditambah dengan suhu yang sangat tinggi, maka langkah pencegahan menjadi keutamaan.
00:46Ia penting untuk mengelak struk haba, keletihan melampau serta risiko kesihatan lain yang boleh menjejaskan jemaah.
00:54Katanya berdasarkan prinsip Islam yang bersifat mudah, berperi kemanusiaan, pihaknya juga mengarahkan agar waktu antara azan dan iqamah untuk semua solat tidak melebihi 5 hingga 10 minit,
01:05sementara keseluruhan hutbah dan solat Jumaat tidak akan melebihi 15 minit.
01:11Jelasnya memindikkan hutbah bukan sahaja membantu para jemaah untuk melaksanakan tuntutan ibadah secara sah dan sempurna,
01:18malah memberi peluang untuk mereka menyerap intipati hutbah dengan lebih fokus tanpa terganggu oleh cuaca atau keletihan.
01:27Tambahnya arahan ini mengambil kira realiti jemaah yang bersolat di kawasan Mataf, tingkat atas dan perkarangan masjid yang terdedah kepada panas terik.
01:35Terima kasih telah menonton!