Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/27/2025
Seorang pembantu restoran warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth selepas mengaku bersalah atas tuduhan merasuah seorang anggota polis bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana menunggang motosikal tanpa memiliki lesen yang sah pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Iskandar Othman.

Tertuduh, Han Tun, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730791/berita/semasa/warga-myanmar-didenda-rm5000-cuba-rasuah-polis-rm95

#SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahSesyen #Butterworth #Rasuah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pembantu restoran warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Session di Battleway
00:05selepas mengaku bersalah atas tuduhan merasuah seorang anggota polis
00:10bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana menunggang motosikal
00:14tanpa memiliki lesen yang sah pada Kamis lalu.
00:18Tertuduh, Hantun, 36 tahun secara rasuah memberikan sejumlah wang bernilai RM95
00:24kepada Konstabel Uzairuddin Azizi Che Omar sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya
00:31kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987
00:38iaitu menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.
00:42Kesalahan itu dilakukan di Jalan Burma, Georgetown kira-kira jam 6.30 petang pada 22 Mei lalu.
00:50Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Kesiksaan
00:53yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun
00:57atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:02Sebelum menjatuhkan hukuman,
01:04Hakim mengingatkan tertuduh bahawa perbuatan rasuah di negara ini
01:07adalah kesalahan yang serius sebelum menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadapnya.
01:13Mahkamah juga menetapkan hukuman penjara 2 bulan
01:16sekiranya tertuduh gagal membayar denda.
01:23Terima kasih kerana menonton!
01:25Terima kasih kerana menonton!

Recommended