00:00Pemandu lori muatan batu kerikir yang didakwa menyebabkan kematian 9 anggota pasukan simpanan persekutuan, FRU,
00:08minggu lalu akan dibawa ke Mahkamah Magistrat Teluk Intan pada selasa bagi permohonan Rehman untuk membantu siasatan bersabit kes curi lembu.
00:17Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Muhammad Ali Muhammad Jali berkata,
00:22lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.20 tengah hari di Pekarangan Mahkamah Teluk Intan oleh sepasukan anggota dari IPD Bagan Datuk.
00:33Menurut beliau, tangkapan itu dibuat susulan laporan yang diterima pada 14 April lalu daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan kehilangan 2 ekor lembu di kampung Sungai Keli, Hutan Melintang.
00:45Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun,
00:54denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
00:58Pada Jumaat, Rudi Zulkanain Mat Radi selaku pemandu Lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Teluk Intan
01:05atas 9 pertuduhan menyebabkan kematian 9 anggota pasukan simpanan persekutuan, FRU, minggu lalu.
01:12Mahkamah membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan.
01:18Lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan mahkamah selepas majikan dan rakannya membayar wang jaminan tersebut pada Isnin
01:25sebelum ditahan semula berkaitan kes terbaru ini.
01:28Terima kasih kerana menonton!
01:32Terima kasih kerana menonton!
Comments