00:00Gara-gara gagal melaporkan pemberian rasuah daripada kontraktor projek,
00:04seorang pengarah syarikat didenda RM20,000 oleh Mahkamah Session di Melaka pada Isnin.
00:10Hakim Elisabeth Payawan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh,
00:15Azrul Rizad Othman, 47 tahun, selepas dia membuat pengakuan bersalah
00:19sebaik pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya.
00:23Berdasarkan pertuduhan, beliau sebagai pemilik MediaWorks Design
00:27telah diberikan suapan wang tunai sebanyak RM3,000 oleh seorang lelaki
00:31dan gagal melaporkan pemberian suapan itu kepada pegawai SPRM atau pegawai polis terdekat.
00:38Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah kafe di Jalan Kota Fashion 1 di Melaka pada 18 September 2024.
00:46Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 25-1 Akta SPRM 2009
00:52dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25-2 Akta Sama
00:56yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya
01:03jika sabit kesalahan.
01:06Menurut fakta kes, tertuduh dilantik sebagai perunding bagi kerja projek
01:10membina rumah kediaman teris satu tingkat di Tanjung Minyak
01:14bernilai RM1.9 juta
01:16dan telah meminta wang tunai sebanyak RM3,000 sebagai rasuah untuk dirinya sendiri
01:22sebagai dorongan untuk mengesyorkan sebuah syarikat kontraktor bagi melaksanakan kerja tersebut.
01:28Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau 6 bulan penjara
01:33sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Comments