00:00Bekas naik Presiden MCA, Tilanke berkata, DAP tidak konsisten dalam hal-hal prinsip merupakan antara sebab utama MCA tidak akan bekerjasama dengan parti itu.
00:13Menurutnya, DAP sering menukar nada mengikut kepentingan semasa mereka.
00:17Antaranya ialah keputusan DAP untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad pada PRU14 walaupun sebelum itu mereka sangat lantang mengkritik bekas Perdana Menteri itu sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
00:31Begitu juga ketika bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP memuji parti itu namun selepas perpecahan DAP mengecam PAS.
00:40T berkata DAP kini dilihat berusaha sehabis baik untuk menyesuaikan diri dengan UMNO walaupun sebelum ini sering mencemuh parti itu.
00:49Minggu lalu, Ahli Parlimen Kampar Chong Zemin mencadangkan agar MCA bergabung dengan DAP namun cadangan itu pantas ditolak oleh setiausaha agung DAP, Lok Sifo.
01:00Lok turut menjelaskan bahawa cadangan tersebut merupakan pandangan peribadi Chong dan bukan pendirian rasmi parti.