00:00Perikatan Nasional wajar bertanding solo pada PRN Sabah bagi menilai semula pengaruhnya di negeri itu
00:07selepas runtuh susulan penghijrahan semua adunnya 3 tahun lalu, kata penganalisis.
00:14Bilce Bala dari Universiti Malaysia Sabah berkata bertanding solo membolehkan PN menampilkan identiti tersendiri
00:21dan mengukur sokongan akar umbi tanpa terikat kepada kompromi awal.
00:26Namun Bilce mengingatkan kejayaan strategi bertanding solo bergantung kepada sejauh mana PN
00:33mampu menyesuaikan kempen dengan isu tempatan seperti hak tanah adat, pembangunan luar bandar
00:39dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
00:44Syahrudin Awang Ahmad, penyelidik Borneo Geopolitics and Electro Studies
00:49melihat keputusan PN bertanding solo sebagai ujian realiti bagi mengukur semula kekuatan
00:55selepas kehilangan hampir seluruh jentera bersatu kepada gabungan rakyat Sabah pada 2022.
01:02Manakala Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu pula berpandangan
01:06jika PN berhasrat mengetuai gabungan politik di Sabah
01:10ia perlu mempunyai kekuatan asas mencukupi
01:13antaranya jumlah kerusi signifikan, sokongan akar umbi serta calon boleh menang.
Comments