Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Abdul Mui’zz Morhalim, Pakar Ekonomi MIDF Research, membincangkan kesan ketidakstabilan ekonomi global terhadap Malaysia dalam sesi Google Meet.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali dalam niaga OANI, kalau tadi kita dah bincangkan tentang cukai SST dan juga tentang gaji yang wajar, sekarang kita sentuh tentang berkenaan dengan tarif di mana sistem ekonomi dunia digoncang dengan perang tarif yang dicetuskan oleh Donald Trump.
00:15Dunia modern yang selama ini bebas berdagang disentak dengan pemahaman ekonomi yang ekstrim oleh Presiden Amerika Syarikat itu dan kita nak tahu apa kesannya kepada negara berdagang seperti Malaysia.
00:25Dan kita akan terus bersama dengan Abdul Muiz Murhalim, pakar ekonomi MITF Research untuk berbincang lanjut.
00:31Mungkin Assalamualaikum pertanian sekali Muiz, kalau kita lihat dalam suasana ekonomi dunia yang lebih tertumpu kepada perang dagangan kerana kenaikan tarif yang dijangka akan menyebabkan aktiviti dagangan akan lebih perlahan.
00:41Ekonomi Amerika Syarikat sendiri mencatat penurunan 0.3% dalam suku pertama 2025 kalau kita bandingkan dengan suku sebelumnya.
00:49Jadi boleh Muiz ulas sedikit apa punca penurunan ini dan adakah kelembapan ekonomi ini akan menyebabkan FED menurunkan kadar faedahnya bulan ini?
00:59Assalamualaikum.
01:01Pertama sekali bila kita lihat kepada penurunan KDNK ini adalah dalam jangkaan kerana memang kita dapati sentimen telah mula menurun pada beberapa bulan yang lalu.
01:14dan ini menyebabkan memberi gambaran kemungkinan momentum pertumbuhan ekonomi memang dijangka akan perlahan.
01:22Pada masa sama memang bila kita lihat dari segi unjuran bagi pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat sendiri,
01:28ini dijangka akan lebih perlahan atau di bawah paras 2%.
01:32Melihat kepada kebimbangan bagaimana kesan kenaikan tarif ini mungkin akan menyebabkan tekanan inflasi mungkin akan terus meningkat.
01:43dan pada masa sama keadaan permintaan kemungkinan akan lebih perlahan.
01:47Namun bila kita lihat dari segi punca sebenar penurunan ekonomi setakat ini masih tertumpu kepada perubahan yang berlaku
01:56akibat kenaikan ataupun lonjakan imports kerana kebimbangan tarif yang lebih tinggi ini akan menyebabkan kos pembelian yang lebih mahal.
02:04Dan pada masa sama kita dapati perbelanjaan kerajaan juga telah menurun pada suku pertama dan ini menjadi antara punca penurunan.
02:13Namun bila kita lihat dari segi aktiviti perbelanjaan sebenarnya masih dikira agak baik
02:18walaupun pertumbuhannya adalah perlahan sekitar 1.8% berbanding 4% yang dicatat pada suku keempat tahun lalu.
02:26Tapi bila kita lihat dari segi momentum ini kita perlu bersedia ada kemungkinan aktiviti mereka yang lebih berlahan
02:31kerana kita dapati data-data terkini masih menunjukkan sentimen terus melemah dan ada kemungkinan besar.
02:37Akhirnya aktiviti perbelanjaan di Amerika Syarikat juga mungkin akan menurun dan ini mungkin memberi kesan kepada permintaan luar daripada Amerika Syarikat.
02:48Pak Buiz, kalau kita lihat pada awal minggu ini indeks harga pengeluar mencatatkan penurunan sebanyak 1.3% pada bulan Mac 2025.
02:55selain kos yang menurun, data inflasi harga pengguna juga adalah lebih sederhana pada kadar 1.4% iaitu paling perlahan dalam tempoh 4 tahun.
03:04Jadi adakah ini memberi gambaran Bank Negara Malaysia akan menurunkan OPR pada masyarakat minggu depan ataupun sebaliknya?
03:10Kalau kita lihat dari satu sudut memang tekanan inflasi yang lebih perlahan ini seakan memberi gambaran bahawa suasana ekonomi adalah lebih perlahan.
03:21Namun bila kita lihat dari segi inflasi teras khususnya keadaannya masih dikira stabil iaitu kekal pada paras 1.9%
03:31dan ini memberi gambaran keadaan tekanan daripada permintaan dalam negara masih terkawal.
03:39Cuma bila kita lihat dari segi keputusan untuk mengubah OPR ini turut mengambil kira keputusan ataupun keadaan ekonomi domestik.
03:48Yang mana bila kita lihat dari segi perbelanjaan runcit, dari segi keadaan pasaran buruh,
03:53ini masih menunjukkan keadaan ekonomi negara masih berada dalam keadaan yang baik.
03:57Contohnya bila kita lihat keadaan pengangguran masih pada paras yang rendah iaitu pada paras 31%.
04:03Jumlah penyertaan buruh di dalam negara juga terus meningkat kepada paras lebih daripada 70%.
04:09Yang mana ini adalah paras yang tertinggi.
04:12Dan ini turut menggambarkan keadaan ekonomi dalam negara yang baik terus memberi banyak peluang perkejaan kepada lebih ramai individu.
04:20Dan kita dapati peningkatan pelancong asing juga turut sama menyumbang kepada peningkatan jualan runcit dalam negara.
04:27Jadi pada masa saya buat masa ini tiada alasan untuk bayan negara memotong OPR.
04:33Namun bila kita lihat daripada segi jangka yang akan datang, mungkin kita perlu bersedia.
04:38Terdapat kebimbangan sekiranya momentum ekonomi negara mungkin akan perlahan.
04:42Ini mungkin memberi ruang kepada bayan negara untuk bersedia untuk membuat potongan.
04:46Itu berkenaan dengan keadaan dasar semalaman.
04:49Tapi bagaimana Muis melihat perubahan dari segi tekanan harga global yang mungkin akan menjejaskan unjuran inflasi negara tahun ini.
04:56Sebab kalau kita lihat bank-bank pusat lain juga telah longgarkan dasar moneteri nak menyokong ekonomi mereka.
05:02Jadi apa kemungkinan BNM pun akan turut sama mengambil keputusan yang sama?
05:06Kalau kita lihat dari segi pengamatan atau pemerhatian secara umum memang kebanyakan pemerhatian di pasaran mengambil kira pergerakan inflasi yang berlaku di negara luar.
05:19Termasuk juga keputusan-keputusan yang dibuat oleh bank pusat di negara luar.
05:23Ini memberi gambaran kebanyakan keputusan yang melihat kepada melonggarkan dasar moneteri memberi gambaran kepada suasana ekonomi yang mungkin dijangkakan lebih perlahan.
05:34Mengambil kira kebimbangan kesan daripada perang dagangan yang berlaku.
05:39Namun seperti yang saya nyatakan tadi kalau kita lihat dari segi keputusan yang dibuat oleh bank negara ini.
05:45Mungkin kita dapati inflasi akan terus tampaknya akan lebih perlahan kerana ini masih berada di bawah paras unjuran 2 ke 3.5% yang diunjur oleh bank negara.
05:57Cuma bila seperti yang saya nyatakan bila keputusan dibuat oleh bank negara ini mengambil kira bagaimana keadaan di luar itu memberi kesan kepada tekanan inflasi dalam negara.
06:06Termasuk juga bagaimana suasana ekonomi negara setakat ini.
06:11Cuma bila kita lihat dari segi data-tata ini masih terlalu awal untuk bank negara memberi satu signal keadaan akan terus perlahan kerana kita dapati suasana ekonomi dalam negara masih dalam keadaan yang baik.
06:24Mungkin kalau kita lihat sekiranya pertumbuhan ekonomi di negara luar terus perlahan mungkin itu memberi satu peluang untuk bank negara mula mengambil kira bahawa memangnya ekonomi akan terus perlahan.
06:38Dan potongan OPR sekiranya dibuat akan memberi signal kita perlu bersedia suasana ekonomi dijangka akan lebih perlahan berbanding sebelumnya.
06:46Dan berbalik kepada isu perang dagangan kalau pada waktu ini tarikh ini berbalik itu orang kata diposkan untuk 90 hari dan Malaysia juga dijangka akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan Amerika Syarikat
06:56bagi mencari satu bentuk perjanjian atau deal yang terbaik bagi kedua-dua pihak.
07:01Jadi apakah strategi yang boleh kita pertimbangkan dan sekiranya Malaysia diminta untuk menyokong usaha Amerika Syarikat menurunkan defisit dagangannya bagaimana ini akan memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi negara secara keseluruhan?
07:13Kalau kita lihat secara umum mungkin kita perlu berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan kesan langsung daripada kenaikan tarif yang dibuat oleh Amerika Syarikat ini.
07:26Namun bagi saya antara strategi yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah mencari ruang dan peluang sekiranya kita dapat memastikan sebahagian daripada industri utama tempatan seperti industri elektrik dan elektronik dapat dikecualikan daripada dikenakan tarif ini.
07:46Ini kerana Amerika Syarikat perlu sedar bagaimana peranan Malaysia yang turut sama menyumbang kepada rantaian pengeluaran global yang akhirnya produk-produk ini dihantar ke Amerika Syarikat sendiri.
08:00Pada masa sama kita juga sekiranya ini dapat dicapai ini dapat mengurangkan kesan kepada aktiviti dagangan negara yang kerana E&E merupakan komponen penting.
08:11Selain itu komoditi utama negara seperti pasaran produk minyak sawit khususnya boleh diketengahkan kerana sebelum ini kita banyak berdepan dengan cabaran daripada lobi-lobi yang dibuat oleh industri di Amerika Syarikat seperti soya dan juga jagung dan mungkin peluang yang ada kita dapat mencari ruang untuk mengetengahkan pasaran ataupun membuka pasaran Amerika Syarikat kepada sektor minyak sawit negara.
08:37Dan pada masa sama saya percaya peluang ini boleh dijadikan untuk Malaysia menghidupkan semula peluang perbincangan FTA bersama dengan Amerika Syarikat kerana sebelum ini Amerika Syarikat telah menarik diri daripada menyertai TPP yang akhirnya dimeterai sebagai CPTPP.
08:56Dan sekiranya dapat dicapai ini akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang baik dalam aktiviti perdagangan global.
09:04Muiz secara ringkas berbaki satu minit. Apa jangkaan Muiz berkenaan dengan megatransglobal yang mungkin akan berlaku kesan daripada perang dagangan yang nampaknya memberi kesan juga kepada ekonomi utama seperti Eropah dan UK?
09:16Dan dalam kata lain bagaimana Muiz melihat perubahan ini bakal mencorakkan landscape perdagangan Malaysia dalam tempoh berapa tahun akan datang?
09:23Dalam satu jangkaan ataupun jangkaan ringkasnya kita mungkin dapat lihat perubahan strategi yang bakal dibuat oleh syarikat-syarikat utama.
09:36Sebelum ini kita dapati pada perang dagangan yang pertama kita kebaikan syarikat menggunakan strategi China Plus One.
09:43Mungkin pada masa ini kita akan dengar strategi Amerika Plus One kerana syarikat-syarikat sebesar seperti TSMC, Samsung, Hyundai dan juga Honda telah memberi gambaran mereka akan meningkatkan pelaburan di atas syarikat.
09:57Cuma pada jangka yang lebih panjang saya menjagakan perang dagangan ini akan menjurus kepada memperkukuhkan lagi hubungan dagangan dengan negara-negara luar.
10:07Contohnya keterlibatan Malaysia untuk menyertai BRICS dan juga kemungkinan kita dapat menggarap lebih tinggi ataupun kolaborasi yang lebih erat di kalangan negara ASEAN.
10:19Jadi ini mungkin memberi satu gambaran perubahan landscape perdagangan ekonomi negara akan tertumpu ataupun boleh berkembang menuju kepada pasaran-pasaran luar selain daripada Amerika Syarikat.
10:31Seperti yang Muiz katakan suasana ekonomi pada waktu ini masih lagi stabil namun kita harus bersedia untuk sebarang ketidaktentuan kerana ini akan memberi impak secara keseluruhan untuk ekonomi negara.
10:41Jadi terima kasih di ucapkan kepada Abdul Muiz Murhalim pakar ekonomi MHDF Research.
Comments

Recommended