Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Iran beri amaran risiko perang berpanjangan kepada AS ketika konflik memasuki minggu ketiga, dengan serangan balas rentas sempadan dan ketegangan meningkat di Asia Barat.
Transcript
00:00Baik, Iran memberi amaran Amerika Syarikat berisiko terperangkap dalam konflik seperti Perang Vietnam jika Washington mengerahkan tentera darat dalam perang
00:08yang kini masuki minggu ketiga.
00:10Timbalan Menteri Luar Iran Syed Kaptib Zedah menyatakan tentera Amerika boleh menghadapi nasib yang sama di Iran.
00:19Dalam satu temubual dengan Sky News, beliau menarik perhatian dengan apa yang berlaku di Vietnam di mana tentera negara itu
00:26mengheret Amerika ke dalam perang juga boleh menjerumuskan mereka dalam kancah politik yang berpanjangan.
00:33Syed berkata Iran bersedia untuk berperang selama mana diperlukan dan tidak memberi tumpuan kepada penyelesaian diplomatik buat masa ini.
00:40Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan rundingan namun menegaskan terpulang kepada Washington dan sekutunya untuk mengemukakan cadangan yang mampu menamatkan konflik
00:49secara muktamad.
00:51Beliau turut menduduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai pihak yang mengheret Amerika ke kancah perang tersebut.
00:58Perang Vietnam berlaku pada 1 November 1955 sebelum berakhir pada 30 April 1975 yang menyebabkan 58,220 anggota tentera Amerika
01:08terkorban
01:08di mana Washington campur tangan untuk menghalang penyebaran fahaman komunis.
01:13Bagaimanapun, Amerika kalah dalam perang tersebut dengan anggaran kematian askar dan orang awam Vietnam yang terbunuh adalah antara 970,000
01:21hingga 3 juta orang.
01:23Sejak Israel dan Amerika melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu, kira-kira lebih 1,300 orang
01:30terbunuh setakat ini termasuk bekas pemimpin tertinggi Ayatullah Ali Khamini.
01:35Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan drone dan peluru berpandu menyesalkan Israel, Jordan, Iraq serta negara teluk yang merupakan aset
01:44ketenteraan Amerika.
Comments

Recommended