Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
KPDN merampas 790 jam tangan disyaki tiruan bernilai RM790,600 dalam serbuan di ibu negara. Premis dua tingkat itu dipercayai menyimpan dan menjual jam tiruan secara tertutup, dengan seorang lelaki tempatan ditahan untuk siasatan.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Suara Hidup KPDM merampas 790 jam tangan pelbagai jenama terkenal di Syaki, Tiruan bernilai
00:09RM790,600 dalam serbuan di sekitar Ibu Negara Jumaat lepas.
00:15Menurut Ketua Pergara Penguatkuasa KPDM, Datuk Azman Adam, serbuan dijalankan oleh bahagian Penguatkuasa Putrajaya hasil risikan selama hampir sebulan terhadap
00:24sebuah premis yang dipercaya menjadi lokasi penyimpanan dan penjualan barangan berkenaan.
00:30Dalam kenyataan hari ini beliau memaklumkan turut disita adalah pelbagai kotak dan beg kertas perjenama serta beberapa barangan lain yang
00:38dipercayai digunakan bagi tujuan penyimpanan dan penjualan produk tersebut.
00:43Beliau menjelaskan kegiatan itu dijalankan di sebuah premis dua tingkat yang beroperasi secara tertutup dengan bahagian bawah dijadikan bengkel pembaikan
00:51dan servis jam tangan.
00:53Manakala tingkat atas digunakan sebagai lokasi penyimpanan serta penjualan jam tangan tiruan.
00:59Aktiviti penjualan katanya dipercaya hanya dilakukan kepada pelanggan tertentu sahaja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
01:06Azman berkata jam tangan tiruan itu dipercayai diperoleh daripada pembekal luar negara sebelum diedar kepada pelanggan tempatan.
01:13Beliau berkata siasatan awal mendapati kegiatan itu dikenalikan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengurus premis berkenaan
01:22dan dipercayai bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi termasuk pengurusan premis, penyimpanan stok dan aktiviti penjualan.
01:30Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki menggunakan Cap Dagangan berdaftar tanpa kebenaran
01:38pemilik yang sah.
Comments

Recommended