00:00Sementara itu, Polis Perak menerima tujuh laporan berkaitan penipuan tempahan kuih dan makanan yang melibatkan kerugian melebihi RM300 di negeri
00:10itu.
00:10Ketua Polis Perak, Datuk Nur Hisham Nordin berkata modis operandi suspek pada awalnya membuat tempahan dalam kuantiti tertentu kepada pengusaha
00:18bakery atau catering sebelum memberikan tempoh masa untuk menyiapkan pesanan berkenaan.
00:26Selepas itu, suspek akan membuat permintaan tambahan untuk item tertentu yang kebiasaannya tidak dihasilkan oleh pengusaha berkenaan.
00:34Suspek kemudian akan memberikan satu nombor telefon lain yang kononnya boleh membekalkan item berkenaan dan meminta pengusaha menghubungi nombor itu.
00:41Beliau berkata bila mangsa menghubungi nombor yang diberikan, individu berkenaan akan bersetuju untuk menyediakan item itu namun meminta bayaran dibuat
00:49terlebih dahulu.
00:49Katanya beberapa pengusaha membuat bayaran kepada nombor itu namun selepas bayaran dibuat, kedua-dua individu berkenaan tidak lagi dapat dihubungi
00:57dan ketika itu mangsa baru menyedari mereka telah ditipu.
01:00Nur Hisham berkata mangsa bukan sahaja menanggung kerugian kerana menyediakan tempahan makanan yang tidak diambil, malah turut kehilangan wang selepas
01:08membuat bayaran kepada individu yang diberikan oleh suspek.
01:10Subungan itu boleh menyediakan pengusaha makanan dan bakery supaya lebih berhati-hati serta mendapatkan deposit atau membuat pengesahan terlebih dahulu
01:17sebelum menerima tempahan dalam jumlah besar bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Comments