Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 10 pagi, 19 Mac melalui platform THiJARI dan kaunter TH.
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji TH mengumumkan agihan keuntungan 35% bagi tahun kewangan berakhir Desember 2025,
00:08meningkat berbanding 32.5% pada tahun kewangan 2024.
00:13Kadar itu merupakan yang terbaik dalam tempoh 8 tahun sejak 2018.
00:18Keseluruhan agihan keuntungan berjumlah RM32.2 bilion yang akan memanfaatkan lebih 97 juta pendeposit TH.
00:29Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Hassan berkata,
00:34kadar berkenaan dicapai selepas mengambil kira zakat sebanyak 2.577% atau RM95.3 juta.
00:43Dalam suasana ekonomi negara yang kukuh dan stabil, keyakinan perniagaan serta prestasi pasaran domestik
00:51terus menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Alhamdulillah.
00:55Perkembangan ini terus memberi impak yang baik kepada prestasi kewangan Tabung Haji
01:00sekaligus membolehkan Tabung Haji terus memberikan pulangan yang mampan kepada para peniposit.
01:08Daripada segi prestasi kewangan pula, Tabung Haji berjaya merekodkan, Alhamdulillah,
01:14pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak 4.64 bilion pada tahun 2025 berbanding 4.56 bilion pada tahun 2024.
01:27Beliau bercakap dalam senar media ketika mengumumkan agihan keuntungan TH
01:32bagi tahun kewangan 2025 pada Rabu.
01:35Zulkifli menambah agihan lebih tinggi itu turut disokong takbir urus yang diperkukuh,
01:40pengurusan kos berdisiplin dan strategi pelaburan yang mantap serta berdaya tahan.
01:45Pendiposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing
01:49bermula 10 pagi 19 Mac melalui portal Tijari dan kaunter TH.
01:54Selain itu, semakan boleh dibuat di kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
01:59serta melalui saluran elektronik rakan strategi perbankan TH
02:03iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Mi Bank Islamik, CIMB Islamik dan M Bank Islamik.
02:09Dalam pada itu, Zulkifli menambah TH menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan
02:13dari segi aset pelaburan yang meningkat daripada RM95.06 bilion
02:18kepada RM96.37 bilion.
02:22Sementara itu, TH dalam kenyataan berasingan memberitahu
02:26ekuiti persendirian mencatatkan pulangan pelaburan tertinggi
02:30sebanyak 8.29% mencerminkan aktiviti yang kukuh sepanjang tahun.
02:35Ekuiti luar negara pula merekodkan pulangan 7.03%
02:40manakala ekuiti domestik mencatatkan 5.47%.
02:45Hartanah memberikan keuntungan yang stabil sebanyak 5.03%
02:49manakala pendapatan tetap mencatatkan 4.41% selaras dengan pulangan bagi kelas aset tersebut.
Comments

Recommended