00:00Peguam Negara Datuk Muhammad Dusuki Mukhtar memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan berkaitan cabaran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap titah adandam.
00:13Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Muhammad Hashim memutuskan bahawa Peguam Negara dibenarkan mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam pendengaran rayuan akan datang.
00:26Mahkamah berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan menyentuh isu berkepentingan awam yang belum pernah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi Negara sebelum ini.
00:39Keputusan sebulat suara itu turut disokong oleh dua lagi hakim iaitu Datuk Zabariyah Mama Isof dan Datuk Hanifah Farikullah yang bersetuju dengan dapatan mahkamah.
00:48Dalam prosedur itu, Dusuki memohon kebenaran untuk merayu bagi mengetepikan keputusan majoriti dua satu mahkamah rayuan yang memerintahkan semakan kehakiman berhubung titah adandam dikebalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
01:02Pada 6 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan Najib untuk mencabar kewujudan titah adandam yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.
01:15Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun bermula 23 Ogos 2022 setelah disabitkan bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta bilik SRC International Sendirian Berhad.
01:26Bekas Perdana Menteri itu memfalkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022 sebagai usaha meringankan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
01:36Lembaga pengampunan kemudiannya memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun,
01:43manakala jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
01:47Terima kasih telah menonton!