00:00Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Session Seremban pada Khamis.
00:09Tertuduh, D. Sasfina, 31 tahun, T. I. Boharaj, 32 tahun, Farhin Muhammad Arifin, 23 tahun dan dua beradik P. K. Koshen Kumar, 21 tahun, serta P. K. Sifisina, 23 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.
00:26Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat bersama menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara melarikannya bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta.
00:37Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah salun rambut di Jalan S2B10, Oktown Avenue Seremban 2 kira-kira jam 5.45 petang pada 10 April lalu.
00:47Semua tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Kurungan 1 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:59Sementara itu, Peguam T. Harpal Singh memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan secara bertulis.
01:08Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan dan sebutan semula kes pada 14 Mei ini.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments