Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Dua bekas Perdana Menteri kongsikan kenangan yang pernah mereka lalui bersama Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, terutama ketika masing-masing berkhidmat bawah pentadbiran Perdana Menteri kelima itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, dua bekas Perdana Menteri kongsikan kenangan yang pernah mereka lalui bersama oleh Rahm Tun Abdullah Ahmad Badawi, terutama ketika masing-masing berkhidmat bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-5 itu.
00:12Menyifatkan Rahm sebagai seorang sahabat, Datuk Seri Najib Razak mengingati Abdullah yang mesra dengan panggilan Pak Lah sebagai seorang guru dan pemimpin yang sentiasa memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepadanya.
00:24Bukan itu sahaja, Najib turut mengagumi kepimpinan oleh Rahm yang berteraskan accountability dan juga mengutamakan kecemelangan sama ada dalam politik mahupun pentadbiran.
00:36Bersandakan kepada semangat dan prinsipnya itu juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada lahirnya prinsip pentadbiran satu Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
00:47Katanya, secara peribadi Pak Lah amat rapat dengan keluarganya dan diibaratkan sebagai abang dan teman rapat ketika susah dan senang.
00:56Katanya lagi, Pak Lah akan sentiasa dikenang dengan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara.
01:02Seorang insan yang mulia.
01:04Najib mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pak Lah dan rakan-rakan.
01:09Najib memegang jawatan timbalan Perdana Menteri bawah pentadbiran Abdullah dari 7 Januari 2004 hingga 3 April 2009 sebelum menjadi Perdana Menteri ke-6.
01:19Sementara itu, bagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Rahm dianggap sebagai seorang bapa yang memimpin dan membimbing beliau dalam politik serta pentadbiran kerajaan hingga mencapai kekemuncaknya.
01:31Jelasnya, beliau banyak terhutang budi dengan oleh Rahm kerana Pak Lah yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Bera pada 2004 dan seterusnya mengangkatnya sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2008.
01:44Ismail berkata, negara berduka atas kehilangan ini seorang negarawan yang mengabdikan dirinya untuk agama, bangsa dan tanah air.
01:53Seluruh rakyat khususnya kepada beliau secara peribadi amat menghargai jasa oleh Rahm.

Recommended