00:00Bentong minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa statistik usahawan franchise di Malaysia
00:07dan apakah halutuju pembangunan industri franchise melalui penyelarasan dan kawal selil oleh KUSCOP kepesadaan antarabangsa.
00:15Berikutan Malaysia sebagai pengurus mesyuarat Tahunan Asia-Pacific Franchise Confederation, APFC,
00:22dan World Franchise Council, WFC melibatkan wakil dari 40 buah negara.
00:27Untuk makluman ahli yang berhormat dan diwan yang mulia ini,
00:32pendaptaran syarikat franchise di Malaysia dilaksanakan melalui sistem Malaysia Franchise Express
00:392.0 ataupun MyFix 2.0 yang merangkumi permohonan pendaptaran franchise O dan franchise C.
00:48Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah usahawan franchise yang dirikutkan melalui sistem MyFix 2.0
00:57adalah seramai 3.565 usahawan yang merangkumi 1.310 franchise O dan 2.255 franchise C.
01:09Bagi mengukuhkan ekosistem keusahawanan franchise di negara ini,
01:14kerajaan telah bersetuju agar ekosistem pembangunan serta kawal selia perniagaan franchise
01:20diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi KUSCOP.
01:27Dalam hubungan ini, beberapa tindakan telah dan sedang diambil oleh KUSCOP, antaranya seperti berikut.
01:34Pertama, membangunkan dokumen Dasar Franchise Negara 2030 yang akan dibentangkan dalam Mesorat Jemaah Menteri besok.
01:46DFN 2030 merupakan satu dasar yang bersifat komprehensif dan holistik
01:53bagi membangunkan ekosistem franchise yang berdaya maju dan mampan melalui transformasi dan pengukuhan
02:00jenama franchise tempatan serta kecekapan tadbir urus.
02:04Ia merangkumi lima teras utama seperti menambahbaik polisi dan tadbir urus,
02:10mempromosi franchise sebagai model perniagaan pilihan,
02:13memantapkan kapasiti dan keupayaan usahawan franchise,
02:17mengoptimum capaian bantuan keuangan kepada usahawan franchise,
02:21dan meningkatkan akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.
02:25Yang kedua, melaksanakan inisiatif pemutihan data franchise selaras dengan
02:31Pindaan Akta Franchise 1998 Pindahan Tahun 2022 di bawah Section 10A
02:38yang menetapkan Pembaharuan Pendaptaran Franchise setiap lima tahun.
02:43Penetapan Pembaharuan Pendaptaran ini secara tidak langsung dapat membantu Kementerian
02:48dalam mengawal selia perkembangan perniagaan franchise di negara ini dengan lebih berkesan.
02:54Ketiga, meningkatkan promosi franchise tempatan di peringkat antarabangsa
02:59melalui program Enhanced Franchise Development Program EFDP.
03:06Pada tahun 2025, sebanyak Rp2.7 juta diperuntukkan bagi program EFDP
03:13yang akan melibatkan penyertaan dalam pameran franchise antarabangsa,
03:16padanan perniagaan, bayaran balik kos ekspor untuk pendaptaran intellectual property IP
03:23di luar negara dan latihan persediaan bagi pengembangan perniagaan usaha franchise keperingkat antarabangsa.
03:30Dan yang kelima, keempat, mengadakan kerjasama strategik dengan Persatuan Franchise Malaysia MFA
03:38yang merupakan ahli Asia Pacific Franchise Confederation dan World Franchise Council
03:45dalam meningkatkan kebeli pasaran jenama franchise Malaysia di peringkat global.
03:50Pada tahun 2024 ini, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kali kedua
03:55untuk mempenguruskan masyarakat tahunan IPFC dan WFC
04:00yang telah diadakan pada 27 hingga 29 Mei tahun ini di Kuala Lumpur
04:06bersempena dengan penganjuran pameran dan persidangan franchise antarabangsa Malaysia.
04:11Sebagai pengurus masyarakat tahunan ini, Malaysia berpeluang mengetengahkan franchise tempatan
04:17kepada wakil daripada lebih 30 buah negara
04:20yang memberi peluang kepada Malaysia untuk mengetuai perbincangan berkaitan dasar,
04:25standar, peluang kerjasama dalam industri franchise di peringkat antarabangsa.
04:42Jadi di soalan saya, selari dengan usaha untuk mengantarabangsakan usahawan PKS termasuk usahawan franchise.
04:49Apakah perancangan KUSCOP dalam merencanakan penglibatan usahawan sektor franchise ini di peringkat global?
04:55Dan setakat ini, berapa banyakkah usahawan franchise tempatan yang telah berjaya menebusi pasaran global ini?
05:11Seperti yang saya nyatakan dalam jawaban awal tadi,
05:14kementerian saya KUSCOP sentiasa komited untuk memperkasakan sektor franchise Malaysia di peringkat antarabangsa
05:22bagi menyokong agenda globalisasi dan meningkatkan sumbangan usahawan franchise kepada ekonomi negara.
05:29Perancangan KUSCOP dalam merencana penglibatan usahawan sektor franchise di peringkat global
05:35adalah melalui program Enhanced Franchise Development Program, EFDP yang saya sebutkan tadi.
05:42Program ini adalah program KUSCOP dengan kerjasama pihak Persatuan Franchise Malaysia, MFA,
05:51yang mewakili pemain-pemain industri franchise negara kita.
05:55Antara langkah dan perancangan yang kita akan laksanakan pada tahun hadapan adalah
06:00misi perdagangan dan pameran franchise antarabangsa,
06:04peningkatan kapasiti dan kopian franchisee, program padanan perniagaan, kerjasama strategik,
06:11dan rangkaian global dan tuntutan kos ekspor.
06:15Bagi tahun 2025, sebanyak 8 program promosi franchise antarabangsa
06:20telah dirancang dengan sasaran sebanyak 980 juta potensi pelaburan.
06:26Usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada strategi KUSCOP
06:30untuk menjadikan sektor franchise sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara kita
06:36serta mendukung agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai hub franchise di peringkat rantau dan antarabangsa.
06:43Dan sebagai makluman yang berhormat, bagi tahun ini kita telah melaksanakan
06:48sembilan misi perdagangan di bawah program EFDP ini melibatkan usaha-usaha franchise tempatan
06:56dan telah menjana potensi pelaburan sebanyak 992 juta ringgit.
07:26Terima kasih.
07:28Yang berhormat, seperti mana saya nyatakan tadi,
07:32berdasarkan kepada misi yang telah kita laksanakan pada tahun ini saja,
07:36dimana sebanyak sembilan misi perdagangan di bawah program EFDP ini
07:42telah menjana 992 juta potensi pelaburan.
07:46Artinya sudah ada potensi kerjasama di antara usahawan franchise kita
07:55dengan rakan niaga mereka di host countries,
07:59dimana kita telah mengambil bahagian di dalam pameran-pameran ataupun expo franchise.
08:06Begitu juga dengan kemungkinan usahawan tempatan itu membawa jenama daripada negara lain ke negara kita.
08:17Tetapi di bawah program EFDP ini kita memberi fokus jenama negara kita
08:22yang dimiliki dibangunkan oleh usahawan tempatan itu untuk menembusi pasaran negara-negara
08:30yang telah kita ambil bahagian sembilan tahun ini
08:34dan kita akan teruskan pada tahun hadapan.
08:38Saya sendiri memantau dan sentiasa mendapatkan taklimat daripada kementerian bahagian franchise kita
08:48dengan pernas susulan daripada misi-misi yang telah kita sertai ini.
08:53Besok saya akan bentangkan satu nota kepada kabinet untuk memaklumkan kejayaan kita ini
09:00dan selepas diterima oleh Jemaah Menteri saya akan kongsikan dengan yang berhormat.
09:06Terima kasih.