00:00Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa berusaha memastikan pengoperasian
00:06Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, IPTS, yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan
00:11Tinggi mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta 565 dan peraturan-peraturan
00:19yang berkuasa di bawahnya melalui pemeriksaan secara berkala.
00:25Sekiranya terdapat penemuan ketidakpatuhan dalam pemeriksaan pengoperasian oleh IPTS
00:31kepada Akta 565 tersebut, tindakan susulan akan dipanjangkan untuk kertas siasatan, dibuka
00:38seterusnya dikenakan tindakan pendakwaan selaras dengan Akta 565 jika didapati bersalah.
00:45Dari tahun 2019 sehingga 2024 berdasarkan aduan ketidakpatuhan kepada Akta 565, pemeriksaan
00:52audit pematuhan telah dilaksanakan kepada 355 buah IPTS dan dalam tempoh tersebut sebanyak
01:00146 kertas siasatan telah dibuka ke atas IPTS oleh KPT melalui Jebatan Pendidikan Tinggi
01:08berdasarkan aduan yang diterima.
01:10Berdasarkan jumlah kertas siasatan yang telah dibuka tersebut, sebanyak 82 kes yang telah
01:16dikenakan tindakan kompaun.
01:19Antara kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh IPTS di bawah Akta 565 ini adalah seperti
01:24berikut.
01:25Seksien 15, IPTS membuat perubahan buktiran syarikat tanpa kelulusan ketua pendaftar.
01:33Yang ini 12 notice compound telah dikeluarkan.
01:36Seksien 28, IPTS beroperasi di primis tidak bendaftar di bawah Akta 565.
01:4412 notice compound juga telah dikeluarkan.
01:47Seksien 81, tenaga pengajar yang mengajar di IPTS tidak memiliki permit mengajar yang
01:53diluluskan ketua pendaftar.
01:55Yang ini 47 notice compound telah dikeluarkan.
01:59Secara tuntasnya, Kementerian ini memangnya memandang serius.
02:03Sebarang isu melibatkan IPTS.
02:06Sekiranya orang awam mempunyai sebarang aduan berkaitan IPTS, aduan boleh disalurkan menerusi
02:13sistem pengurusan aduan awam, SISPAA, untuk tindakan pihak Kementerian selanjutnya.
Comments