MAHB, MKN dan PDRM bincang ketatkan keselamatan di lapangan terbang
Berita Semasa 16 April 2024
Susulan insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang berlaku awal pagi kelmarin, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan lanjut dalam usaha mengetatkan lagi langkah-langkah keselamatan di semua lapangan terbang dalam kadar segera.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sebarang perubahan prosedur operasi standard (SOP) memerlukan perbincangan lanjut antara pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil.