Pembangunan PADU capai 60 peratus, sedia diguna Januari - Rafizi

  • 8 bulan lalu
Pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini sudah mencapai 60 peratus dan sedia untuk digunakan pada Januari tahun depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau menyifatkan tempoh singkat untuk membangunkan sistem PADU, yang menyediakan gabungan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bermula Jun lepas, sebagai satu cabaran besar kepada pihaknya, namun dapat dilaksanakan hasil kerjasama lebih 270 agensi kerajaan dan badan berkanun yang terlibat.

Disyorkan