Sany hina saya, mahkamah atas tuduhan rasuah' - Ahmad Amzad

  • 8 bulan lalu
BERITA SEMASA 14 SEPTEMBER 2023

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim membidas kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan pada Rabu susulan mendakwa beliau terlibat kes rasuah apabila Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangannya iaitu calon Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Amzad berkata kenyataan itu menyimpang daripada warta keputusan mahkamah yang tidak mensabitkan beliau atas kesalahan rasuah.

Beliau berkata demikian sewaktu usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

#SinarHarian #SinarTerkini #Parlimen

Disyorkan