Apa 'formula' kerajaan sasar noktah kemiskinan hujung tahun ini? - Hamzah Zainuddin
  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 12 SEPTEMBER 2023

Pembangkang hari ini mempersoal sasaran ditetapkan kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada hujung tahun ini, kerana mendakwa kaedah dirangka termasuk apa yang bakal dilaksanakan untuk mencapai matlamat itu tidak jelas.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat berkata, beliau juga tidak pasti bagaimana formula pengiraan kemiskinan tegar seperti dicanang Kerajaan Perpaduan hendak dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tampil untuk memberi penerangan lebih terperinci mengenai apakah 'formula' yang sedang dirangka atau akan dilaksanakan untuk menoktahkan kemiskinan tegar hujung tahun ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/278545/berita/nasional/pembangkang-persoal-formula-menoktahkan-kemiskinan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #HamzahZainuddin