DUN Sabah | Usul tuntutan waris Sultan Sulu ditolak kali kedua

  • 2 tahun lalu
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini sekali lagi menolak usul membincang dan membahaskan isu tuntutan waris kesultanan Sulu yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, penolakan itu dibuat mengikut peraturan tetap 23 A (2) mana-mana usul yang ditolak di bawah perenggan satu tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibacakan dalam majlis mesyuarat.

Disyorkan