Ahli Parlimen Kuala Lumpur boleh jumpa saya bila-bila masa- Annuar Musa

  • 2 tahun lalu
Jangan buang masa.
Itu kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kepada ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur dari Pakatan Harapan yang menggesa supaya mesyuarat diadakan bersama mereka.
Tegas Annuar, beliau sentiasa mengamalkan konsep terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pihak secara tidak formal bagi membincangkan isu berkaitan kesejahteraan rakyat.