Moratorium: Bank perlu beri maklumat jelas kepada pelanggan

  • 2 tahun lalu
Bank Negara Malaysia (BNM) meminta institusi perbankan memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan mereka mengenai proses penangguhan pembayaran susulan pelaksanaan moratorium selama enam bulan yang diumumkan bnm sebelum ini.

BNM dalam kenyataanya pada khamis berkata, peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan masing-masing bermula Jumaat.