Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kekal tarikh bicara 18 November

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan 18 November ini seperti yang dijadualkan untuk perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), K. Arul Kanda berhubung Pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1mdb, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan ketika memutuskan perkara itu berkata ia wajar kekal kerana bimbang tidak dapat mencari tarikh alternatif bagi memulakan prosiding perbicaraan tersebut.

Bagi mendapatkan butiran lanjut, wartawan Isabelle Leong berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.