Lelaki warga Singapura yang dipercayai terbabit kes pembunuhan, susulan penemuan lapan anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian, Krubong berhampiran Kampung Ladang, petang Khamis lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang dalam keadaan lemah dan memakai pakaian lokap ungu dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka sekitar 10 pagi, sebelum dibawa keluar 45 minit kemudian.
Comments