• 2 minutes ago
Peguam bela dan peguam cara, Nur Shuhadah Mahzan menjelaskan bagaimana mesej dalam kumpulan WhatsApp tertutup boleh menjadi asas kepada saman fitnah, termasuk apabila tuduhan asal dipanjangkan oleh orang lain.
Transcript
00:00Sekadar memanjangkan mesej dalam kumpulan WhatsApp juga boleh membuka ruang kepada saman fitnah walaupun pengirim bukan orang yang membuat tuduhan
00:09asal peguam bela dan peguam cara Nur Syuhadah Mahzan berkata mesej dalam kumpulan tertutup juga boleh menjadi asas kepada saman
00:17sekiranya kenyataan itu berunsur fitnah merujuk kepada individu yang mengambil tindakan dan disampaikan kepada pihak ketiga.
00:27Menurut beliau dalam kumpulan WhatsApp, unsur penyiaran kepada pihak ketiga boleh dipenuhi apabila ahli lain membaca mesej berkenaan. Ahli kumpulan
00:36itu tidak perlu membalas mesej atau memberikan reaksi.
00:39Katanya individu yang memanjangkan mesej berunsur fitnah ke kumpulan lain juga boleh berdepan tindakan kerana telah menyampaikan kenyataan itu kepada
00:47pihak lain.
00:49Walaupun dia bukanlah orang yang asal yang mereka kenyataan itu yang membuat kenyataan itu dia hanya menyiarkan, hanya memanjangkan saya
00:57dan lain ini daripada orang yang saya terima.
01:01Yang itu pun boleh dikenakan tindakan saman fitnah kerana dia memanjangkan kenyataan fitnah tersebut kepada pihak lain walaupun bukan dia
01:10yang create kenyataan tersebut.
01:12Bagi individu yang mahu mempertimbangkan tindakan, Nur Syohada menyarankan supaya mereka menyimpan tangkap layar mesej serta maklumat yang boleh membantu
01:21mengenalpasti pengirim termasuk nombor telefon sebelum mendapatkan nasihat peguam.
01:25Katanya notis tuntutan antara langkah awal yang boleh dipertimbangkan untuk meminta kenyataan ditarik balik, permohonan maaf dibuat dan aku janji
01:34diberikan supaya kenyataan itu tidak disiarkan semula.

Recommended