00:00Aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin di perairan Kelantan menunjukkan sedikit penurunan.
00:06Sepanjang monsoon Timur Laut MTL, 2026-2027, sesulan keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu yang meningkatkan risiko pergerakan bot
00:15laju.
00:15Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM Kelantan, Kapten Maritim Kamal Muhammad berkata,
00:21meskipun keadaan cuaca membataskan pergerakan sindiket penyeludupan, pihaknya tidak mengambil mudah situasi itu.
00:28Sebaliknya, terus mempergiat rondaan dan risikan bagi mengekang kegiatan rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.
00:38Beliau berkata, keadaan geografi Kuala Tumpat yang mempunyai kira-kira 13 pulau serta beberapa laluan air cetek menjadi antaracabaran dalam
00:46pelaksanaan operasi penguatkuasaan.
00:49Kamal berkata, sindiket penyeludupan turut dipercayai menggunakan khidmat tonto bagi memantau keadaan laluan sebelum membawa masuk pendatang ke negara ini.
00:58Bagi tempoh 2023 hingga November 2026, APMM merekodkan 46 kes tangkapan melibatkan 348 pendatang daripada pelbagai keluarga negaraan
01:10dengan warga Myanmar mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 169 orang, diikuti Vietnam 61 orang, Bangladesh 14 orang, India 11 orang, Lao
01:212 orang dan Sri Lanka 1 orang.
01:24Daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes membabitkan 193 pendatang direkodkan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini
01:32menunjukkan peningkatan jumlah tangkapan berbanding tren sebelum ini.
01:37Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket menggunakan pelbagai laluan darat, udara dan laut menurusi negara jiran untuk membawa masuk migran ke
01:45Malaysia.
01:46Dalam perkembangan berkaitan, Kamal berkata, APMM Kelantan turut merekodkan 12 kes rampasan kontraban bagi tempoh 2023 hingga November tahun ini
01:56dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM19.65 juta.
02:02Jumlah itu termasuk 4 kes penyeludupan rokok putih tidak bercukai tahun ini dengan nilai rampasan RM997,370.
02:12Beliau berkata penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan keselamatan, ketentraman dan kedaulatan perairan negara terpelihara
02:21selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan.
02:26Terima kasih telah menonton!