• 23 minutes ago
Parlimen Vietnam meluluskan pemansuhan hukuman mati bagi enam kesalahan termasuk pengedaran dadah dan rogol kanak-kanak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beralih ke perkembangan luar negara, Vietnam memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati bagi enam kesalahan termasuk pengedaran dadah secara haram dan
00:09merugol kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.
00:12Keputusan itu diluluskan oleh Parlimen Vietnam menerusi pindaan undang-undang yang akan berkutu kuasa pada 1 Mac tahun hadapan.
00:21Antara lain kesalahan yang tidak lagi dikenakan hukuman mati ialah rusuhan, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan keganasan yang menentang
00:30pentadbiran rakyat.
00:31Selepas pindaan itu hanya empat kesalahan masih boleh dikenakan hukuman mati iaitu pengkhianatan terhadap negara, pembunuhan, keganasan dan pengeluaran bahan
00:40narkotik secara haram.
00:42Cadangan memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan dadah dan rogol kanak-kanak sebelum ini mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan ahli Parlimen.
00:50Namun kerajaan berpendirian tiada bukti jelas menunjukkan hukuman mati lebih berkesan berbanding penjara seumur hidup dalam mengekang jenayah tersebut.
00:58Sebaliknya pihak berkuasa berpandangan penguatkuasaan yang lebih tegas, peningkatan keupayaan siasatan dan pembukaran rangkaian jenayah mampu memberikan kesan penjagaan yang
01:07lebih berkesan.
01:08Di bawah peraturan baru itu, baduan yang telah dijatuhkan hukuman mati bagi enam kesalahan berkenaan tetapi belum dilaksanakan hukumannya akan
01:17direngankan kepada penjara seumur hidup.

Recommended