Alhamdulillah, tahniah Achey dan Anne! Selepas 15 tahun menyimpan harapan dan tidak putus berdoa, akhirnya ALLAH hadiahkan rezeki yang dinanti-nantikan.

Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/article/186726/selebriti-hiburan/hiburan-lokal/akhirnya-allah-makbulkan-doa-kami-isteri-achey-hamil-selepas-15-tahun-menanti-zuriat

#anneanchey #IVF #sinarplus #achey #acheykintangkintung

Lagu: Remembering
Artis: LNDO
Sumber: SoundStripe
1h

Category

✨
People
Transcript
00:0015 tahun menyimpan harapan, akhirnya doa Aceh dan isteri untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.
00:09Isteri pelawak dan pelakon itu, Nur Hassanah Yahaya atau Anne, berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas 15 tahun mendirikan
00:17rumah tangga.
00:19Menerusi perkongsian di media sosial, Anne meluahkan rasa syukur apabila impian yang sekian lama dinantikan akhirnya menjadi kenyataan.
00:27Lebih menyentuh hati, Aceh dilihat melakukan sujud syukur sejurus menerima berita gembira itu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
00:36Turut berada di sisi mereka ialah anak angkat kesayangan, Nur Tiara Zinirah.
00:42Untuk rekod, Aceh dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011.
00:47Tahniah Aceh dan Anne, semoga segala urusan kehamilan dipermudahkan dan ibu serta bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat.
00:59Terima kasih telah menonton!

Recommended