00:00Empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Magistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai
00:08membabitkan mercun di atas jalan raya utama di Sekudai Ahad lalu.
00:13Tertuduh P. Ruben, 20 tahun, S. Tarun, 18 tahun, H. Periutif, 19 tahun dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya
00:22mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan.
00:27Kesemua tertuduh didakwa melakukan kelakuan cuai berhubung dengan suatu bahan letupan iaitu mercun ke arah jalan raya yang mempunyai kenderaan
00:36lain yang mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain.
00:40Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Sekudai Gelang Patah berhampiran lampu isyarat Taman Nesa Sekudai kira-kira jam 1.30
00:47pagi Ahad lalu.
00:49Ruben, Tarun dan Periutif dan tertuduh bawah umur didakwa di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan.
00:56Mahkamah membenarkan jumlah jaminan antara RM1,500 hingga RM3,000 terhadap setiap tertuduh. Kes disebut semula 3 Disember depan.
01:06Sementara itu, dua lagi lelaki, M. Ruben Kumar, 23 tahun dan Muhammad Irshad, 19 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan
01:14menunggang motosital dengan cara yang menyebabkan bahaya atau halangan lalu lintas.
01:19Mereka didakwa mengikut Seksyen 48 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:25Setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 dan kes disebut semula 11 Disember depan.