Skip to playerSkip to main content
Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, Hulu Selangor.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Razak Muda, berkata operasi pada Rabu memberi tumpuan kepada empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang secara keseluruhan dianggarkan dalam jarak 3.5 kilometer (km).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804116/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sar-dilaksanakan-dalam-jarak-3-5km---jbpm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #InsidenKepalaAir #SAR

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jadi untuk operasi pada pagi ini dan juga petang ini insyaAllah
00:04kita bahagikan 4 sektor pencarian
00:09Sektor A, B, C dan D
00:12Yang mana sektor A ni panjang
00:17Dia punya tempat pencarian lebih kurang 1km lah
00:22B pun sama 1km
00:24C dalam lingkungan 500 hingga 600m
00:28Dan D, lebih kurang 1km
00:32Jadi based kepada info yang kita dapat daripada pasukan penyelamat
00:36Semalam, kita mengkhususkan tempat pencarian di Sektor C
00:42Kalau tuan-tuan perasaan, Sektor C ni adalah daripada kawasan jambatan
00:46Sekarang ini, ke depan sana
00:48Lebih kurang jalan-jalan 500 hingga 600m
00:53Kami masih percaya
00:563 mangsa tersebut berada di kawasan
00:59Tak melebihi jambatan ni
01:01Kerana ada beberapa faktor lah
01:03Faktor pertama kerana arus
01:05Semasa ni adalah daripada arus depan ke belakang
01:08Maksudnya daripada arus
01:09Sektor D hingga C, B dan juga A
01:14Ok, untuk 5 mangsa yang kita dah jumpa E semalam
01:19Maksudnya berada di Sektor C dan juga A
01:23Hari ni kita fokus kepada C dengan bantuan
01:28Pasukan K9, kita ada 2 ekor anjing
01:32Dan juga Pasukan Storm, APM dan juga beberapa agensi penyelamat yang lain
01:39Yang semuanya lebih kurang 124
01:43K9 kita akan gerakkan jika ada indikator
01:48Seperti bau dan juga hasil daripada laporan Pasukan Penyelamat
01:55Pagi tadi kita dimaklumkan
01:57Daripada 2 ekor anjing tu
01:59Satu memberi signal yang agak positif
02:02Berdasarkan kepada bau
02:04Tetapi apabila kita double confirm dengan sekor lagi
02:08Sekor lagi negatif
02:10Kita tetap meneruskan pencarian
02:12Walaupun negatif
02:15Dan sampai sekarang kita masih lagi tak berjaya mencumpai
02:18Apa-apa indikator penasalah
02:22So insyaAllah
02:24Cuaca kalau mengizinkan pada petang ni
02:26Kita akan teruskan sehingga jam 6 petang
02:32Sub indo by broth3rmax

Recommended