00:00Inflasi pengguna di AS meningkat melebihi jangkaan pada Oktober manakala inflasi teras kekal tinggi untuk bulan ketiga berturut-turut sekaligus
00:09mencetuskan kebimbangan tekanan harga semakin luas.
00:12Data rasmi diterbitkan Biro Statistik Buruh Amerika pada Selasa menunjukkan indeks harga pengguna CPI meningkat 0.4% pada Oktober
00:21berbanding kenaikan 0.6% pada September.
00:26Angka itu mengantasi jangkaan ahli ekonomi yang meramalkan peningkatan sebanyak 0.3%.
00:32Sementara itu, indeks inflasi teras yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga turut meningkat 0.3%.
00:38Ini meletakkan kadar inflasi teras pada unjuran tahunan sekitar 3.6% jauh melebihi sasaran 2% Rizal Persekutuan AS,
00:48FED.
00:49Kos perubahan turut meningkat 0.3% dan menyumbang lebih 30% daripada keseluruhan kenaikan harga bulanan.
00:56Perkembangan itu menyusul kenyataan Governor Fed Christopher Waller ketika berucap di London yang memberi amaran bahawa kenaikan harga teras sebanyak
01:040.3% atau lebih mungkin memerlukan langkah dasar monetari lebih tugas.
01:10Beliau turut mencadangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas dipertimbangkan dalam mesyuarat FED pada 8 hingga 9 Disember
01:19ini.
01:19Susulan penerbitan data berkenaan, pasaran bon mencatatkan penjualan ketara apabila hasil perbendaharaan AS bagi tempoh 2 tahun melonjak kira-kira
01:2915 mata asas kepada melebihi 4.7% peningkatan harian terbesar sejak awal April 2025.
01:35Hasil bon perbendaharaan AS bagi tempoh 10 tahun pula meningkat kepada sekitar 4.93%.
01:43Pasaran kini menjangkakan hampir pasti berlaku kenaikan kadar faedah pada Disember dengan keberangkalian kenaikan sebanyak 0.5 mata peratusan meningkat
01:54kepada hampir 15%.