00:00Lebihan inventori minyak sawit Malaysia dijangka berkurangan mulai bulan ini apabila pokok kelapa sawit memasuki tempoh pengeluaran yang rendah berpotensi
00:09menstabilkan harga minyak sawit mentah MSM.
00:12Public Investment Bank Berhad dalam nota penyelidikannya memaklumkan pengeluaran minyak sawit dijangka menurun tahun depan didorong oleh faktor pengeluaran secara
00:20bermusim yang rendah dan impak daripada El Nino.
00:27Menurutnya, inventori minyak sawit mencatatkan satu lagi paras tertinggi baharu sebanyak 3.6 juta tan pada Oktober.
00:34Ia meningkat 3.2% berbanding bulan sebelumnya apabila pengeluaran turut mencapai rekod tertinggi baharu walaupun momentum ekspor adalah kukuh.
00:43Bank pelaburan itu memaklumkan ekspor minyak sawit mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun sebanyak 1.7 juta tan disokong
00:52permintaan kukuh dari Kesatuan Eropah dan India.
00:56Sementara itu, CIMB Securities Sendirian Berhad mengunjurkan inventori minyak sawit akan berkurangan 1.5% bulan ke bulan kepada 3
01:05.57 juta tan pada November berikutan penurunan pengeluaran secara bermusim yang mengatasi ekspor.
01:12Dalam nota berasingan, bank itu memaklumkan inventori minyak sawit Malaysia yang mencatatkan paras tertinggi baharu dan harga minyak mentah yang
01:20rendah memberi tekanan kepada harga MSM dalam tempoh terdekat.
01:25CIMB Securities memaklumkan kemarau yang berpanjangan di Indonesia boleh menjejaskan hasil tandan buah segar dalam tempoh 12 hingga 18 bulan
01:34akan datang.
01:35Manakala potensi kekurangan buruh asing di Malaysia mewujudkan risiko terhadap pengeluaran minyak sawit.
01:40Public Investment Bank dan CIMB Securities mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor peladangan.