Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Mohd Yunazri mengakui perkara itu tidak sepatutnya berlaku dari sudut sensitiviti sebagai seorang Muslim dan bersedia menerima teguran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Muhammad Yunazri Mustamiri memohon maaf berhubung video tular yang memaparkan beliau seolah-olah mengajak masyarakat Cina minum sehingga menimbulkan persepsi
00:09negatif terhadap dirinya.
00:11Calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu berkata kandungan video yang tular itu telah diubah suai dan dimanipulasi
00:19dengan niat tertentu.
00:22Menemut Muhammad Yunazri, kejadian berlaku ketika hadir atas jubutan untuk menyantuni komuniti Cina.
00:28Apabila mereka sedang makan, saya memberi ucapan mereka berhenti makan.
00:36Hujung-hujung ucapan saya itu ada sekumpulan audiens yang mengangkat cawan ke arah saya dan dalam masa yang sama saya
00:47terus memberhentikan ucapan saya dengan rasa bersalah dan saya terus meminta mereka untuk teruskan minum dan makan.
00:55Dan itu saja. Saya memang ingin memohon maaf dan saya juga akui saya adalah muka baru di dalam gelanggang pilihan
01:03raya ini.
01:04Jadi mungkin ada perkataan-perkataan yang saya terlepas dan boleh mudah dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
01:14Mengulas selanjut, Muhammad Yunazri berkata tindakannya itu berlaku secara spontan dan tidak dirancang.
01:21Beliau juga mengakui menyadari terdapat sebahagian masyarakat Cina di lokasi berkenaan yang sedang mengambil minuman beralkohol.
01:29Beliau mengakui perkara itu tidak sepatutnya berlaku dari sudut sensitiviti sebagai seorang Muslim dan bersedia menerima teguran.
01:36Mengulas dawaan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih undi, Muhammad Yunazri menafikan perkara itu.
01:44Sebaliknya, timbalan benda hari AMK Negeri Melaka itu berkata,
01:48tindakannya lebih kepada menyantuni tetamu yang hadir dan tidak mahu mengganggu waktu makan mereka.
01:54Muhammad Yunazri juga berharap video berkenaan tidak dijadikan bahan fitnah sehingga memberi kesan terhadap reputasi dan kepribadiannya.
02:01Pada pilihan raya Negeri Melaka ke-16, Muhammad Yunazri berdepan saingan 1 lawan 1 dengan penyandang kerusi itu,
02:08Datuk Seri Abdul Raaf Yusof yang juga Ketua Menteri Melaka.

Recommended