Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Penduduk di beberapa kawasan Bemban terus berdepan risiko banjir kilat berulang setiap kali hujan lebat berterusan. Air yang turun melebihi dua jam boleh memasuki rumah, manakala limpahan berlaku begitu pantas sehingga harta benda tidak sempat diselamatkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan setiap kali hujan lebat berterusan, penduduk di beberapa kawasan bemban berdepan dengan risiko banjir kilat yang berulang.
00:09Air hujan berterusan melebihi 2 jam boleh menyebabkan rumah dinaiki air manakala banjir berlaku begitu pantas sehingga harta benda tidak
00:16sempat diselamatkan.
00:18Persoalannya apakah punca masalah yang terus berulang ini dan sejauh mana penyelesaian perlu dipercepatkan bagi mengelak risiko sama berulang.
00:28Ikuti laporan disediakan wartawan Syafiqah Azami.
00:34Bagi penduduk kampung bemban, Muhammad Hanafi Nordin, banjir bukan lagi perkara asing malah hujan lebat dalam tempoh singkat sudah cukup
00:41untuk mencetuskan kebimbangan.
00:43Menurutnya setiap kali hujan berterusan, paras air sungai di kawasan itu mula meningkat dan keadaan boleh berubah menjadi banjir kilat
00:49sekiranya hujan tidak reda.
00:51Kalau di dalam rumah yang pernah jadi, dalam rumah pun dah paras lutut. Kalau di depan ini mungkin dalam paras
00:56pinggang.
00:58Yang kawasan depan ini yang paling teruk, jiran-jiran saya kan.
01:02Sampai ke dalam habis, barang-barang semua. Memang kadang-kadang kita tak dapat selamatkan yang terbaru ini kena, memang dia
01:08datang macam kepal air sekejap saja.
01:10Jadi barang-barang semua tak habis. Tak dapat selamat saya motor semua habis. Ada yang van pun tak dapat selamatkan.
01:16Selain ancaman banjir, penduduk turut membangkitkan isu penyelenggaraan sungai yang berdepan kekangan akses.
01:22Hanafi berkata ketiadaan risab laluan Jabatan Pengairan dan Saliran JPS di beberapa kawasan menyukarkan jentera menjalankan kerja pembersihan kerana tanah
01:30di sekitarnya milik persendirian.
01:32Ada. Sebelum ini adun penyelenggaraan pemban dah cuba itihara untuk selesaikan masalah ini.
01:38Tapi kita masalah sini sekarang laluan. Laluan untuk mesin jentera masuk, tak ada laluan.
01:44Sebab sini kebun, lagi satu tak ada reserve untuk JPS kan.
01:48Jadi diorang tanah banyak persendirian, itu dia tak kasi mesin lalu lah. Kebanyakan di sini.
01:55Macam kampung bawah, dia orang dah bagi reserve untuk GPS selenggara kan.
02:01Jadi jentera boleh masuk untuk kebersihan lah, untuk laluan bersihkan sungai lah.
02:06Kadang itu dikhawatiri menyebabkan bendapan pasir terus terkumpul sekaligus mencetekkan sungai dan meningkatkan risiko limpahan ketika hujan lebat.
02:15Bagi penduduk kampung Yahya Ali yang sudah menetap di kampung Bemban sejak puluhan tahun lalu,
02:19beliau berpandangan pembinaan lebih banyak kawasan perumahan perlu disusuli dengan penyediaan infrastruktur saliran dan takungan air yang lebih baik.
02:27Jadi sekarang pakcik dah usulkan lah buatkan takungan air.
02:31Di istidak ada ke kanan tu tempat kena buat.
02:35Tapi nampak, nampaknya sampai sekarang ni belum dapat lagi nak buat.
02:38Jadi air semua turun kemai. Memang saluran dia satu je kat sini.
02:42Selain cadangan pembinaan takungan air, beliau turut berharap kerja-kerja pembersihan sungai dapat dilakukan secara berkala
02:49dengan penyediaan air tidak terhalang oleh semak dan mendapan.
02:52Memang pakcik harap kan macam sungai tu kan. Kalau boleh setahun tu bersih lah buat dua kali pembersihan ke.
02:58Jadi tak ada ini sampai dah betul-betul semak. Jadi air tu pun datang nak pergi lagi dah.
03:04Itu yang masalah tu. Ini bila dah banjir kan barulah kelang gawal nak goreng nak apa.
03:08Kita dah kena dulu.
03:10Macam kita harap tu lah. Kalau pun tukang tu ada buatlah setahun dua kali ke bersihkan sungai tu kan.
03:15Bukan harap apa. Itu dapat bersih pun dan saya baik.
03:17Penduduk di kampung Bemban tidak mengharapkan banjir dapat dihapuskan sepenuhnya.
03:23Namun langkah pencegahan dan penyelesaian jangka panjang perlu diberi keutamaan
03:27agar risiko serta kesan yang ditanggung setiap kali banjir dapat dikurangkan.

Recommended