00:00Dalam persaingan kuasa besar dunia, pengaruh tidak semestinya dibina melalui kekuatan ketenteraan atau dominasi ekonomi.
00:07Ada kalanya ia dibentuk melalui cerita, budaya dan keupayaan sesebuah negara mempengaruhi persepsi dunia.
00:15China semakin memberi perhatian kepada dimensi itu dengan memperluas diplomasi media bersama negara-negara ASEAN.
00:22Ikutilah putera wartawan Ashrawani Khalid Skadir dari Naning, China.
00:37Usaha itu diterjemahkan menerusi Minggu Kerjasama Media Rakan ASEAN 2026 di Naning, Guangxi.
00:44Anjuran bersama China Media Group CMG dan Kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi yang membuka tiranya pada Sabtu.
00:51Naik Presiden CMG, Chi Juquan berkata, sebagai organisasi media antarabangsa China, CMG mempunyai perkhidmatan dalam 85 bahasa, rangkaian platform media
01:02antarabangsa China Global Television Network CGTN, serta 192 biro di luar negara.
01:09Kelebihan jaringan itu menjadi asas kepada usaha memperluas kerjasama dengan media ASEAN, termasuk penerbitan kandungan bersama, pertukaran tenaga kerja dan
01:18perkongsian teknologi.
01:19Beberapa inisiatif turut diperkenalkan, termasuk mengetengahkan Guangxi sebagai pintu masuk buah-buahan ASEAN ke pasaran China.
01:26Selain terusan Pinglu yang menghubungkan kawasan pedalaman China dengan Teluk Beibu, sekaligus memendekkan laluan penghantaran barangan ke pasaran ASEAN.
01:34Seperti ungkapan klasik China, Junzi He Butong, keharmonian tidak bermaksud keseragaman.
01:43Mungkin itulah makna sebenar kerjasama media menerima perbezaan, berkongsi perspektif dan membina kesepahaman lebih kukuh antara Malaysia, China dan rantau
02:00ASEAN.
02:01Kerana cerita kita mungkin berbeza tetapi tujuan kita tetap sama.
02:07Kali sekadar bersama jurukamera Salihin Husin, Nanin China, Esrawani.