Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, tambahan peruntukan itu mampu membantu jawatankuasa KRT mempergiat pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peningkatan geran tahunan kawasan rukun tetangga atau KRT daripada RM6,000 kepada RM10,000 mulai tahun depan
00:07disifatkan sebagai pengiktirafan kerajaan pusat terhadap peranan pertubuhan itu dalam memperkukuh perpaduan masyarakat.
00:14Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata
00:20tambahan peruntukan itu mampu membantu jawatan kuasa KRT mempergiat pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.
00:31Katanya peningkatan peruntukan itu juga mencerminkan penghargaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:38terhadap sumbangan dan komitmen jawatan kuasa KRT di seluruh negara.
00:43Ini adalah merupakan satu pengiktirapan dan juga penghargaan oleh kerajaan pimpinannya amat berhormat Perdana Menteri kita
00:52Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua KRT-KRT yang ada di seluruh negara
00:58termasuklah yang ada di Taman Apas Permaini dan sudah pasti dengan kenaikan geran ini
01:04sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang menjadi jawatan kuasa KRT
01:10untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada warga penduduk
01:16khususnya dalam kita memperkukukan perpaduan dan mengeratkan silaturahim.
01:23Menurut Nizam, kenaikan geran berkenaan memberi lebih ruang kepada KRT
01:28untuk merancang dan melaksanakan program yang memberi manfaat kepada penduduk
01:32khususnya dalam mengeratkan hubungan kejiranan
01:35serta memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.
01:39Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program
01:43Sukan Keluarga Madani 2026 Anjuran KRT Taman Apas Permai ditawang pada Ahad.

Recommended